Friday, 30 March 2012

JOM2 Pergi GMJ..

Global March to Jerusalem


http://www.mygmj.org/2012/03/sebaran-besar-besaran-30-mac.html


Mengapa tarikh 30 Mac?

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.



Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?

Pada tahun ini, kami berhasrat untuk meraikan 30 Mac sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat  hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.


Bagaimana GMJ akan berlaku?

Sekurang-kurangnya 100 orang personaliti terkenal antarabangsa akan mengambil bahagian dalam menandatangani dokumen pentadbir GMJ itu. Sejajar itu, semua selebriti dan organisasi-organisasi kebangsaan yang menyokong GMJ akan disenaraikan dalam Lembaga Penasihat GMJ untuk menunjukkan sifat GMJ yang menolak kekejaman Israel.

Tambahan pula, satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya.

Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir. ( Sedikit petikan dari  http://www.mygmj.org/2012/02/kenapa-gmj.html )


Monday, 26 March 2012

<< Bidadari Dunia >>

KONVENSYEN BIDADARI DUNIA..



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Dapat juga peluang pergi konvensyen bidadari dunia. Konvensyen selama 2 hari yang bermula pd 24/3/12 - 25/3/12 sangat2 bermakna. Bersyukur sangat dapat hadir ke KONVENSYEN BIDADARI DUNIA '..  


Macam2 ada. Slot2 pun sangat best. Antaranya ' Bidadari Impian ', ' Indahnya Solehah ', ' Fesyen yes or no ', dll. Segala nasihat,ilmu yang disampaikan, sangat berguna dalam meniti hari2 dalam hidup yang pasti memerlukan dorongan,panduan untuk melaluinya. Tak lupa juga buat sahabat 3 orang tu, seronok sangat dapat pergi sama2. Segala detik pasti terpahat dalam memory. 










 KONVENSYEN BIDADARI 
DUNIA '..   memang 1 program yang bagus buat insan bergelar wanita saat2 dunia kini makin maju ke hadapan. Program yang  sangat bermakna bagi seorang wanita yang juga InsyaALLAH merangkap Bidadari Dunia utk megetahui tip2 dalam meniti sebuah kehidupan dunia. InsyaALLAH, jika ada lagi pada masa akan datang, semoga dipilih untuk menjadi salah seorang yang terpilih. Ameen..







Kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya,kecantikannya, bajunya, fesyennya..tapi ia terletak pada hatinya, bagaimana hubungannya dengan DIA, bagaimana amalannya, petuturan katanya..Untuk menjadi seorang bidadari bukan mudah, perlu pada pengorbanan, perlu pada kesabaran, perlu pada ketabahan, perlu juga pada redha dan cinta-NYA. Tak semua yang kita suka adalah yang terbaik utk kita, dan tak juga semua perkara yang kita benci adalah tak baik buat kita,ALLAH tahu apa yang kita perlu.. 





" Jadilah wanita yang Menjaga, Terjaga dan Dijaga "