Tuesday, 16 October 2012

SAHABAT


S.A.H.A.B.A.T

Setiap orang menginginkan sahabat yang baik, caring, mengingati kita dlm doanya, menjaga rahsia, mengambil berat, memahami, susah senang bersama, dll... Namun, berapa ramai antara kita yang berusaha menjadi sahabat 'idaman' tersebut??

Bagaimana mungkin, kita boleh mementingkan diri? mahu orang memahami, mahu orang mengingati, mahu orang mengambil berat, mahu orang menyayangi, dan macam2 sedangkan kita pada dia? bagaimana pula?

" Lama kita tak contact kan? Apa khabar? kenapa mendiamkan diri tanpa berita selama ni? "

" Kadang2 kita perlu berjauhan agar terbit rasa rindu sehingga rindu itu akan membuatkan kita di ambil kembali menjadi insan penting dalam hidup.. "

" Sahabat bukan sekadar bersama 24 jam, makan, gelak , nangis bersama.. namun sahabat merupakan insan yang akan mengingatkan kita pada-NYA bila melihat diri kita mula jauh, sahabat itu sentiasa mendoakan kita dlm doanya, sahabat itu akan sentiasa memastikan ada ruang untuknya bersama kita walau seminit, sahabat itu .... sahabat ini..... "

" Sahabat itu bukan insan sempurna, sentiasa sempurna di mata seperti malaikat. Sahabat itu bukan seperti yang kita idamkan 100%.. Sahabat itu bukan baik depan kita, tapi di belakang? "

" Persahabatan bukan proses mencari, tapi proses menjadi.. bukan untuk mencari sahabat idaman, tapi proses menjadi sahabat idaman."

Senang untuk kita mengungkapkan formulanya, namun payah untuk melaksanakannya. Diri ku juga punya impian, namun, ku juga perlu berusaha menjadi.

Asam garam dalam kehidupan, sedangkan lidah lagi kan tergigit. Namun itu bukan alasan untuk kita memutuskan persahabatan. sifat ego yang tinggi, perlu dilunturkan. sifat merasa diri lebih baik dari orang, perlu di buang. sifat pentingkan diri, perlu di hapus. sifat takabur, sombong, perlu dipadam.


 Sahabat bukan insan maksum, sempurna,.. Setiap antara kita semua ada kekurangan dan kelebihan. Gunakanlah kelebihan dan kekurangan itu untuk melengkapkan antara 1 sama lain. Terutamanya dalam kita bersama memperjuangkan agama ISLAM Yang dicintai.

 Apalah ertinya persahabatan andai aib sahabat dibuka? Bukankah kita punya ALLAH ( sebaik-baik sahabat dan teman) untuk mengadu? Mungkin kerana kesalahan kita yang lepas, kita di uji.

Namun, Andai didunia kita tidak peroleh sahabat 'idaman' , jangan bersedih. Bukankah ALLAH Sentiasa ada untuk kita? Bukankah DIA Sebaik sahabat?. Senyumlah kamu wahai insan. terus berusaha dan berdoa :-)

 Perlunya untuk saling berlapang dada dan memahami. jangan mudah melenting, jangan mengharapkan yang macam2. hargailah apa yang kamu miliki. hargai apa yang ada, jangan menyesal pada hari DIA Mengambil kembali apa yang dipinjamnya kita. :-)


Buat diri yang mudah lupa, dan untuk mu. Semoga ini dapat membantu memahami. InsyaALLAH. Wallahua'lam.

Thursday, 4 October 2012

LELAKI YANG diRINDUI...

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa



Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih