Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

Sabar lah Sayang..


" Ana masih belum ikhlas menerima semua ini... "

" Ana tahu, susah.. Nak buat macam mana, Belajarlah untuk ikhlas. Jangan sia-sia kan apa yang enti buat untuk fakulti ni menjadi 1 kerja yang bukan ibadah. Belajarla untuk ikhlas. Ana faham apa yang enti rasa. Cuba enti fikir, Kenapa ALLAH tetap meletakkan enti untuk taklifat tu? Sedangkan Organisasi tu dah bubar, dah syura buat kali kedua. Tapi enti masih terpilih untuk benda yang sama. ALLAH nak enti cuba teruskan usaha yang kita perjuangkan sama-sama dulu. "

" ALLAH... Hasbiyallah wa ni'ma wakil, ni'ma maula, wa ni'ma nasir.."

Kadangkala, kita terasa lemah sehingga terduduk dan tak mampu berdiri semula tatkala mendapat sesuatu di luar yang kita harapkan.
Kadangkala, kita menangis seolah tiada lagi bahagia kan muncul kembali.
Kadangkala, kita terasa jalan yang dilalui gelap gelita seolah tiada lagi mentari yang akan menyinar kembali.

Namun,

Pernahkah kita terfikir...

Di saat kita terduduk lemah, ada sahabat yang akan memapah kita kembali untuk bangkit..
Di saat kita menangis, telah tertulis sebuah kebahagiaan di hujung derita..
Di saat kita dalam jalan kegelapan, ada cahaya Illahi yang tak pernah padam..

Yang penting, sandarkan pergantungan pada ALLAH, pasti tiada kecewa. Bukankah DIA Maha Memahami, Maha Setia, Maha Kuat? Kenapa masih berduka wahai hati yang terluka? Bukankah ALLAH telah sediakan ubatnya? Bukankah Al-Quaran itu ubat bagi hati??



Tutt.. tutt..

( 1 message received )

Derita perjuangan bukan satu bebanan, TAPI satu latihan.. Gundah perjuangan bukan satu ancaman, TAPI satu didikan.. Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran TAPI satu kekuatan.. Walau perit manapun perjuangan, sesukar manapun perjalanan, kita PEJUANG, kita MATA RANTAI PERJUANGAN.. Tabahkan hati, kuatkan diri, Hadapi segalanya dengan tenang penuh pengharapan pada ALLAH.. Mardhotillah.. Salam jihad.. InsyaALLAH, mungkin ini yang terbaik untukmu.. Sebelum ini kita pernah doa untuk taknak,TAPI.. Kalau dapat mungkin itu yang lebih baik untuk diri kita,agama.



Wednesday, 5 December 2012

Alangkah indahnya ISLAM..


( 1 message received )

Senangnya.. Alhamdulillah.. Rasa bahagia bila diri dihormati... Indahnya Islam..

Alhamdulillah... Kena kongsi cerita nanti ya..

Huhu.. Hmm.. Zahrah baru naik bas ni.. Seat seorang dah tak ada.. Penuh, Zahrah dapat seat double.. Zahrah tengok no., sebelah Zahrah lelaki india. Zahrah pandang sebelah satu lagi,ada seorang lelaki duduk seat seorang.. Zahrah pandang je dia macam faham. Zahrah minta tukar, dia terus bangun.. Kan bangus muslimin kolej kita pun menghormati macam tadi.. 

Apa yang anda dapat simpulkan?


         Ku terfikir kembali mesej salah seorang sahabatku tadi. Benar, Indahnya islam. Namun tak ramai dapat merasainya. Seorang insan yang bukan dari kolej kami, dapat memahami ajaran Islam.


       Tak semua, sebilangan kecil sahaja tapi ia tetap membawa imej Islam. Teringat kembali bagaimana terdapat sebahagian muslimin tetap tegar memperjuangkan untuk 1 group dengan muslimat bahkan membuka ruang ingin mengadakan study group bersama di tengah-tengah peperiksaan akhir semester. ALLAHU RABBI.. mungkin itu satu perkara biasa bagi penuntut universiti lain, tapi di sesetengah tempat, ia belum pernah dilakukan lagi kecuali ' terdesak' dalam exam muet yang tak dapat elakkan.. Ia bukan konsep waqi' semata-mata. Tapi ia juga apa yang telah digariskan oleh agam Islam yang Indah ini.


     Saat ku baca msj sahabatku tadi, benarlah.. sebenar-benarnya, Islam itu memang indah. Memang indah apabila kita mengamalkan apa yang disyariatkan. Seindah-indahnya. Tak terungkap untuk mengatakan keindahannya. ALLAH..

   
   Mereka yang bukan belajar mendalam tentang agama, mampu mengamalkannya.Tapi bagaimana mereka yang belajar agama secara mendalam tetapi tidak mengamalkannya? ALLAH.. Adakah ingin menegakkan konsep ' fleksibel ' sehingga terbuka segala yang boleh ditutup? Adakah ingin mengelakkan di label jumud, maka diperbolehkan segalanya?


     INDAHNYA AJARAN ISALAM..
     Namun, berapa ramai dapat merasakannya?
     Berapa ramai sedang menikmatinya?
     Berapa ramai menghayatinya?


ALLAHU AKBAR.

Sabda Nabi S.A.W; “Al-Islam Ya’lu wa la Yu’la alaih” 
“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi (kedudukan) daripadanya.” 

kenapa masih ada yang takut untuk mengamalkannya? Takut dipandang jumud? Takut di label syadid? Tidak berani memegang title 'Muslim'? Sanggup islam hanya pada kad pengenalan, tapi bukan secara praktikalnya?


Bukankah ISLAM agama yang INDAH?

Keindahannya kan terasa bila kita mengamalkan ajarannya. Keindahannya kan terasa bila kita menghayatinya.

 
      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita mengamalkannya dalam setiap ruang kehidupan kita..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita menghayatinya dalam setiap hela nafas..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila ia diangkat tinggi dalam kehidupan..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita bersatu jiwa se akidah.
.
      Alangkah indanhnya Islam,
      Pabila kita berakhlak seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah..

      Alangkah indanhya Islam,
      Pabila kita dapat menghayati ajarannya dalam segenap ruang..







     

Sunday, 25 November 2012

Kuatlah kalian di sana..






tutt tutt...

1 message received...

" baru sebentar tadi Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan menembak  6 petani di Khan Younis, Gaza. Maka benarlah seprti yang telah ALLAH  khabarkan sifat mereka dalam al-quran. sumbe r= aqsa sharif "

ALLAH...

saudara ku di sana. Bantulah mereka ya ALLAH.

Pada jumaat lepas, diadakan satu demonstrasi di masjid tabung haji . Ramai sahabat ku yang pergi. Ku bangga melihat semangat mereka untuk demo. Ku harap semangat mereka juga akan berkekalan demi menegakkan syiar islam di bumi ini. InsyaALLAH ameen ~



" Kita dekat sini tenang je. Sibuk belajar, tidur, makan, facebook.. Belajar, tidur, makan, fb.. tapi saudara kita di palestin? ALLAH... Kenapa macam tak ada perasaan je ye? "

" Sebab Kurang rasa ikatan persaudaraan dan se akidah."  

ALLAH.. Bagaimana kita????

" Kita kat sini semangat demo sana sini, Tapi bila time bangun untuk solat?? ALLAHU RABBI.. Mana hilangnya semangat demo di tengah hari semalam? Bukankah demo dengan bangkit untuk solat subuh itu lebih menyakitkan musuh-musuh islam? Bukankah dengan mengikut dan mengamalkan apa yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah itu lebih menggerunkan mereka? "


Begitulah antara perbualan yang dapat ku kongsikan. Realiti, tapi itulah dia. Bukan semua macam tu, tapi segelintir. Buat kita yang masih leka, sedarlah. Saudara kita di sana terus terusan di ancam! Di manakah mereka di hati dan fikiran kita? adakah hanya buat sementara waktu? Berlalu ikut musim? sekejap ada, sekejap tak ada macam iklan chipsmore?? ALLAHU AKBAR.

Ku muhasabah diri yang serba kekurangan. Masih ada tanggungjawab dan sentiasa kan ada, tanggungjawab membawa ummah kembali segar, kuat, semangat, tabah, dan hebat seperti zaman kegemilangan islam dahulu. Tapi Bagaimana harus ku mulakan?

Mulakan dengan bismillah, perbaiki hati, perbaiki diri, seiring bersama menyeru mereka. Ya ! itulah yang seharusnya kita lakukan.. Ayuh Bangkit! Kita menolong saudara-saudara kita yang dizalimi. Perbaiki diri, hebatkan doa, dan sedarkan ummah yang tertidur saat ini.

Gerunkan musuh-musuh islam dengan kita bangkit menjadi muslim yang sejati.. Buangkan sifat assabiyah, sombong, ego kita.. dan bersatulah untuk islam!

Jangan lupa untuk melakukan Qunut nazilah, dan.. Bangkit untuk solat ( terutamanya solat subuh ) setiap waktu.


Tuesday, 6 November 2012

Duhai permata2 islam..



pertama sekali, ucapan syukr buat-NYA  Kerana diri ini masih diberi ruang untuk bernafas dan mengembara di muka bumi ini. Tergerak hati ini menulis apa yang ku rasa, ku fikir saat ini.  Sebenarnya diri ini sedang membaca sebuah buku yang diberi oleh maksu. Memandangkan diriku sedang cuti semester, maksu beri sebuah buku untukku membacanya dirumah. ' Aku Terima Nikahnya ' judul buku yang ku sedang baca. Sepanjang pembacaan ku, banyak input yang ku dapat. Bermula dari pembinaan diri muslim, kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

     Namun, bukan isi buku ini yang ingin ku kupas kerana ku yakin ramai orang yang sudah selesai membacanya.Malah mungkin ada yang telah mengulang beberapa kali membaca buku tu. Sewaktu ku membaca buku ini, ku terdengar muzik yang kuat sangat sehingga m'ganggu konsentrasiku. Lalu ku berhenti sebentar untuk amati muzik tersebut.


" aku inginkan dirimu..dtg dan temui aku,..."

ku amati lagu tu lagi. Muzik tu dtg dari tadika yang berdekatan dengan rumahku. Ku amati sekali lagi lagu tersebut. Terdengar suara kanak2 ikut menyanyi.  ' mungkin lagu tu diterjemah untuk cinta Allah. ' bisikku dalam diri.

   Baru sahaja ku ingin sambung bacaanku, ku terdengar lagu telah bertukar kepada next selection.

" i want nobody nobody but you.. i want nobody nobody but you.."

wow.. Sedikit terkejut. Anak2 kecil, baru tadika sudah didedahkan dengan muzik2 macam tu? hurm, just imagine,.. setahu diri ini, lagu tu lagu korea kerana sering ku dengar bila berada di jalan masjid jamek, dan dalam pengangkutan awam. Ku tidaklah terlalu berkira sgt namun wajarkah kanak2 tadika di ajar muzik sebegitu?


       Memang benar, mungkin kanak2 sekarang ter'advance' tahu dan selalu disogokan dengan muzik2 mcm tu. Tapi perlu kah dijadikan suatu silibus dalam sesi persekolahan di awal pembelajaran mereka? Bukankah lebih elok di ajar nilai2 murni dan sebagainya yang perlu bagi mereka yang baru melangkah ke alam prasekolah? Setiap orang, ada pendapat masing2. Mungkin hari ini sahaja mereka diberi peluang belajar lagu2 tu. Mungkin untuk menarik mereka dari 'nakal'. Siapa tahu kan? Wallahu a'lam.

       Tiba-tiba terbayang muka adik-adik sepupu yang kecil baby. Mereka sangat comel, dan merekalah yang akan menjadi pewaris islam. Kasihan mereka jika tak di didik dengan sebaiknya. Kasihan mereka jika tidak di dedahkan dengan hakikat kita diciptakan. ALLAH...

     
      Apakah usaha ku hanya sekadar melihat? sekadar meluah di blog tapi tiada usaha? sudah tentu Tidak Sama Sekali.. Diri ku juga perlu bersedia, perlu islah, perlu tarbiyah, perlu berusaha baiki kekurangan diri. Dan seterusnya, akan ku didik serta gilap permata2 islam agar mereka terus berkilau dengan nur islam. Bukan ku seorang. tapi bersama sahabat2 "tarbiyah".. insyaALLAH..
   

Tuesday, 11 September 2012

InsyaALLAH, ini yang terbaik..


             Sukarnya bila hendak mnetapkan sesuatu keputusan terutama yang melibatkan sesebuah organisasi. Namun, perlu jua ku lepaskan kerana ia terbaik buat semua. Biarlah ALLAH dan diri ini sahaja mengetahui asbab nya. Tidak perlu ku cerita pada manusia kerana manusia takkan mengerti. Manusia takkan memahami sebagaimana ALLAH memahamiku sejak dari dulu lagi.

 Ya ALLAH, moga ini lah terbaik..

                   
                     Bila hendak membuat keputusan, ku muhasabah kembali diri ini. Sedang ku belek-belek hp seorang sahabat, tiba-tiba ku tertekan folder nasyid. Lagu ' Nur Malam ' kumpulan Saujana. Ku hayati liriknya satu persatu.


Bila hati menghadap tuhan ,
Baru kusedar ada kelemahan ,
Terasa kerdil berbanding Yang Esa ,
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan " 



                    Ya ALLAH, kini ku sedar. Manusia takkan pernah tabah, gagah, kuat tanpa bantuan dari -MU. Ya ALLAH, ku mohon petunjuk-Mu. Tetapkan lah yang terbaik buatku. Berilah petunjuk-Mu buatku. Manakah yang terbaik buat ku? Ya Rabb, bimbinglah daku.

                    Malam tersebut ku meminta pendapat seorang murobbiah ku ketika di sekolah menengah dulu. Ku harap semoga ALLAH sampaikan kepadaku petunjuk melalui ustazah ku yang ku yakini agamanya itu. Alhamdulillah, ku temui jawapan yang terbaik. InsyaALLAH..

Semoga itu yang terbaik buat ku dan sahabat2 sefakulti denganku. Wallahua'lam.

Bersama ini, ku titipkan sekali lirik nasyid tersebut. Sekadar perkongsian bersama.


Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat






Monday, 3 September 2012

Mengapa Ibu Menangis???

 

               Satu ketika dahulu, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya, 


“ Ibu, mengapa ibu menangis? ”
 Ibunya menjawab, “sebab aku wanita”.
 “ saya tak mengerti” kata si anak lagi.
 Ibunya hanya tersenyum dan memeluk erat. 


“ Nak kamu memang tak akan mengerti ”
 kemudian bertanya kepada ayahnya, “ ayah kenapa ibu menangis?” 
Si ayah menjawab, “semua wanita menangis tanpa alasan, ” hanya itu jawapan yang biasa diberikan oleh ayahnya.

 Lama-kelamaan si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam dia bermimpi dan mendapat petunjuk dari Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.


             Saat Allah ciptakan wanita, dia membuatnya menjadi sangat penting. Allah ciptakan agar bahunya mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya yang sering kali pula cercaan dari anaknya sendiri.



             Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan. Pantang menyerah si anak sesaat semua orang berputus asa. Wanita Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit,lelah, dan tanpa berkeluh kesah.Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih-sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa pun walaupun anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini jugalah yang memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.


             Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya. Melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung bagi suaminya . Bukankah tulang rusuk suaminya yang melindungi setiap hati dan jantung wanita? Allah berikan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya.



            Dan akhirnya Allah berikan air mata agar dapat mencurahkan hatinya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walau hanya sekadar air mata!


Hope dpt peluang belajar di sana..AMIN...

Sunday, 15 July 2012

Sabar Itu Indah

saBaR  iTu IndaH..ALHAMDULILLAH..
suatu hari,ada perjumpaan dalam fakulti..hanya kerana muslimat ingin cadangkan pada pensyarah utk asingkan grup antara muslimin dan muslimat, kami 'ditembak' dgn hUjah2 dan kata2 yang memang menguji kesabaran kami.tiada kekuatan dalam menghadapinya melainkan mengharap kekuatan dan ketabahan dari-NYA.

"Ana cukup benci muslimat2 fakulti ******..dengan syadidnya, ditambah lagi ikhtilat di universiti ini,menambahkan lagi rasa benci ana.."

" Ana dah kenal muslimat yang sombong,yang jumud,muslimat yang ego...." 
      
biarlah..Diam itu lebih baik. Diri ini mengharapkan keredhaan ALLAH,bukan keredhaan manusia semata. semoga ALLAH Memberi kita semua hidayah-NYA kepada kita semua.
Ada masalah ummah yang lebih besar lagi untukku fikirkan.

buat sahabat2 di luar sana..jangan putus asa walau kita dicaci,dikutuk,dihentam macam2.
ALLAH bersamaku,
ALLAH Melihatku,
ALLAH Tuhanku,
ALLAH Memahamiku.. 

Namun yang pasti, ' Diam itu Lebih BAIK '..Terselit sebuah keindahan di sebalik sebuah kesabaran. Subhanallah.

diri ini bersyukur kerana mendapat suatu rasa keindahan disebalik sebuah kesabaran.Apabila tiba sahaja 'agenda' tu,terus ku mesej ustazahku di sekolah menengah dulu, ustazah ariza utk memohon sedikit pendapat dan sokongan.
" biar muslimin dengan rasa tak puas hati mereka asrar, terus sabar dlm menghadapi mehnah tribulasi..sepatutnya dalam fakulti ini lah untuk menambahkan kekuatan dan keimanan semua dalam berdakwah kat luar nnt..tak apa asrar,sabar ya.."

diri ini segera msj muslimat2 yang sefakulti denganku..

" muslimat2, bg pendapat ana, diam itu lebih baik dari kita terus berdebat dengan mereka. biarlah muslimin terus berhujah dengan menghentam kita..kita ada ALLAH..jangan risau ye.."
Saat menghadapi tembakan2 hujah mereka, terasa panas hati dan telinga mendengar hujah2 mereka.Namun benar, bila ditahan,dipujuk rayu hati ini supaya bersabar dan diam..perlahan-lahan, suatu kesejukan,ketenangan hati mengalir dalam jiwa. Ya ALLAH, inikah erti keindahan disebalik sebuah kesabaran? Subhanallah.. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan kami saat itu.Andai ini yang kami rasai, biarlah selama 12 jam pun, kami sanggup..Indahnya Sabar Itu,ALLAH yang tahu.


Friday, 15 June 2012

Hormatilah sebuah pendirian.

" Asrar, tak boleh selamanya nti bersikap ' syadid ' begini. Be profesional. Open sikit. Jangan jumud sangat. "

" Eh Asrar, boleh je nak gabung. Jangan terikat dengan gelaran ' huffaz '. Dakwah tu bukan muslimin utk muslimin, muslimat utk muslimat sahaja. Nti kena sedar tu. "

" Kak, tak selamanya kita duk dalam suasana islamic je. Along nak nasihatkan kau cuba-cubalah berkawan dengan lelaki. Kawan je. Bukannya nk couple2 ke zina ke. Buka sikit minda kau. jangan anti- lelaki sangat. " 

Ya ALLAH, macam2 persepsi manusia di dunia ini rupanya. Pilu hati ini, ALLAH sahaja yang tahu. Bukanlah diri ini bersikap anti-lelaki. Bukan juga diri ini menolak mentah2 untuk bekerja dengan kaum adam bila tuntutan dakwah memanggil selagi tidak berlanggar dgn syariat. Namun lebih menjaga diri,jiwa,hati ini yang sentiasa menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Siapa yang dapat menjamin diri ini kan terjaga bila pintu ikhtilat terbuka tanpa dijaga? Siapa yang dapat menjamin diri ini dapat redha-NYA andai ikhtilat itu dimudah-mudahkan?
Siapa yang dapat menjamin diri ini dapat membantu kaum adam untuk tidak leka dengan wanita?
Siapa?

Ku melihat kaum adam pada saat ini. Mengapa mudah terleka dengan kaum sejantinaku? Mengapa tidak bersemangat dalam perjuangan? Mengapa makin mundur dari saf2 perjuangan? Mengapa?

Bukannya salah siapa yang ku cari. Namun perlu buat ummah saat ini berfikir kembali. Kalau ikhtilat di pandang ringan, wallahua'lam lah. Sedangkan ikhtilat lah salah 1 punca maksiat. Macam mana boleh dikata ikhtilat bukannya alasan kukuh untuk kita sebagai kaum hawa ' menjaga ' begini.

Kasihan jiwa dan hati ini yang dihiris2 dengan tomahan oleh insan2 yang begitu laju melabel ku sebagai anti-lelaki, tak juga yang mengatakan ku lebih cenderung kpd kaum sejenis. Biarlah, ALLAH lebih memahami ku. Bukan keredhaan manusia yang paling utama, tapi keredhaan-NYA yang paling utama. Hanya kepada-MU aku mengadu. Biarlah segala tomahan itu berlalu bagai angin di tepi pantai Cahaya Bulan = )

Asalkan ALLAH faham hatiku bagaimana. Diriku tak menyalahkan jika ada yang berpendapat boleh kalau nak ber ikhtilat asalkan dijaga batas2 nya. Terpulang pada setiap individu bagaimana ia nak mengurusnya. Terpulang pada mereka. Namun yang pasti, diriku juga punya pendirian tersendiri yang perlu dihormati. Dan yang pasti, diri ini tidak keseorangan. Terima kasih pd-MU ya ALLAH. Alhamdulillah, sokongan dari ibubapa, adik beradikku sayang, ustazah Ariza, dan sahabat2 di sisi sedikit sebanyak menyembuhkan 'luka' di telinga yang mendengar begitu banyak tomahan dari insan2 yang mudah melabel orang.Namun yang pasti Ku yakin, ALLAH ada sentiasa bersamaku. I love YOU ALLAH..


Saturday, 18 February 2012

Tarbiyah itu pahit tapi manis..


Tarbiyah itu pahit tapi manis..
Macam mana tu??

        Baru-baru ini, pelbagai perkara yang timbul dalam hidup.Tarbiyah.Bukan sesuatu yang best dan manis tapi sangat diperlukan buat kita.Sangat penting buat kita yang sering kali lalai.Sangat bermakna buat kita yang akan diuji untuk membuktikan sejauh mana keimanan,keyakinan dan pengharapan kita pada ALLAH.

       Tapi buat insan yang mahu menjaga hubungan dan cintanya pada ALLAH,pasti berasa kemanisan tarbiyah disebalik kepayahan. Tarbiyahlah yang dapat menjadikannya untuk terus tabah mengharap pada-NYA. Kemanisannya bukan terus dapat dirasai,tapi memerlukan masa,pemahaman dan penghayatan yang mendalam. Perlu dilalui dengan tabah baru terasa indahnya.

       Apakah manusia itu dikira telah beriman sedangkan dia belum diuji?
Tepuk dada,tanya iman..Sejauh mana ketabahan, kefahaman, keredhaan, kesabaran kita dalam menghadapi ujiannya. Bukankah itu salah satu tarbiyah dari-NYA?Bukankah itu satu hadiah buat kita dalam memahami erti kata sebuah Ketabahan dan Kesabaran?

       Tapi tak ramai yang akan berasa begitu saat diuji..Kerana apa??Tanyalah hati. Tanyalah iman. Diri ini jua tak terkecuali. Namun,sedarlah bahawa semua itu merupakan 1 peluang buat kita untuk lebih dekat dan mengingati-NYA. Kadangkala,kita tak rasa sesuatu itu perlu. Setelah beberapa ketika,barulah kita akan sedari pentingnya ia untuk diri kita.

       Siapa yang lebih mengerti tentang keperluan kita? Siapa yang lebih memahami jiwa kita? Siapa yang lebih mengetahui kemampuan kita tika diuji? Tak lain tak bukan, hanya ALLAH yang tahu. Hanya DIA.

       Teringat kata seorang sahabat, 
" Think positive..Anggaplah semua ini sebagai batu loncatan untuk lebih dekat dengan-NYA. Kita perlu think positive dalam segala perkara yang terjadi agar kita tak rasa 'down'. Jangan terlalu negative.."

Jadi buatmu dan diri yang tak akan lari dari diuji..

Yakinlah pada-NYA,
DIA tahu kemampuanmu,
DIA memahami jiwamu,
DIA mengerti tentangmu.

Apa yang kau perlu,
Apa yang kau mahu,
Apa yang kau suka,
Apa yang kau benci,
ALLAH tahu tentang itu sedalamnya.
Doalah senjata orang mukmin..

Teruskan langkah,
Jangan mengalah,
Kuatkan semangat,
Pasti manisnya tarbiyah itu kan kau rasai.

Percayalah,
Kita semua sama,
Pasti diuji iman dan kekuatan,
Kerana bukan mudah untuk ke syurga.

Perlu adanya pertukaran,
Perlu adanya pengorbanan,
Perlu adanya kesabaran,
Perlu jua doamu tika hadapinya.

Kita kan tabah menempuhnya,
Kita kan sabar melaluinya,
Kita kan kuat menghadapinya,
Semua dengan izin-NYA.

Tuesday, 24 January 2012

KEHIDUPAN..


= kenapa kat dunia ni ada juga org macam2 gayanya?

= Kalau ada 1 je, tak warna warni lah hidup..Tak gitu?

= Yelah..tapi nak puaskan hati semua orang..susahlah.org tu kata tu..org ni kata ni..kte pun naik pening..

= Dah tu,kenapa mesti kita ikut kata diaorg? 'keredhaan' manusia,takkan pernah kita dapat kecapi..Matlamat utama kita bukan utk memenuhi keinginan manusia semata-mata..sehingga kita sanggup melanggar perintah ALLAH..Matlamat kita tak lain tak bukan adalah utk mencari keredhaan ALLAH..Keredhaan-NYA lah yg kita nak..Keinginan-NYA yang kita kena penuhi..Bukankah keredhaan-NYA lah yg dpt membimbing kita,dapat menjamin kehidupan kita di akhirat nnt sedangkan 'keredhaan' manusia?

= Entahlah..Bukan mudah tu..



KEHIDUPAN..
Semakin lama, semakin banyak 'masin' kehidupan yang kita pelajari.
Semakin lama, semakin banyak 'masam-manis' kehidupan yang kita pelajari.
Tak kira dari sudut apa sekalipun, semakin bertambah usia, semakin bertambah matang, semakin banyak yang perlu di hadapi,dipelajari,di ambil 'ibrah dan macam2 lagi..
Setiap jiwa insan di dunia ini pasti merasainya.Tak terkecuali diri ini juga.
Banyak ragam manusia yang kita akan jumpa. Terlalu banyak. Yang baik,yang happy go lucky, yang pendiam,yang terbuka, dan macam2. Tapi itu tak bermaksud kita perlu jadi macam lalang..tiada pendirian..

Bukan mudah nak buat sesuatu perkara untuk memenuhi keinginan ALLAH..Memerlukan pengorbanan,mujahadah.Dan yang paling penting..siapalah kita tanpa-NYA?Mohonlah bantuan-NYA. Mohonlah kekuatan dari-NYA. Fikirkan kembali matlamat utama kita. Renungilah semula kehidupan kita." Ya muqollibal qulub,thabit qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik.Amin ya rabbal alamin."
Wallahu'alam.

Thursday, 29 December 2011

Jadilah yang menjaga,terjaga dan dijaga..




Alhamdulillah, di beri kesempatan utk m'post entri di blog ini. Teringat satu perkara, saat bersama sahabat2 dan adik2 dahulu.."Hari Srikandi"..

Mengundang 1001 kenangan..
Apa2 pun, buat sahabat2 dan adik2..Ingatlah..Bersama2 kita berusaha mengejar redha-NYA..




Jadilah wanita yang menjaga hubungan dengan ALLAH, terjaga akhlak serta dijaga malu dan agamanya..









p/s= cukup ringkas entri ni supaya mudah dihadam..Buat diri yg sering lupa, dan juga perkongsian buat SAHABAT..

Tuesday, 25 October 2011

DIA Lebih Mengetahui..


" Macam mana saya nak pimpin diorang sedangkan saya sendiri pun perlu bimbingan? "



" Susahlah..Masa terhad..Nak belajar lagi,itu lagi ini lagi..hmm.. "



" Kenapa saya? ramai lagi kawan saya yang lebih layak lagi.."



" Banyaknya nak kena fikir........"


                  Inilah antara soalan2 'famous' yang akan b'main dlm fikiran seseorang bahkan diri kita sendiri apabila diberi satu amanah@tanggugjawab. Tak kira lah sebagai ajk,ketua pelajar mahupun ketua kelas.Kenapa itu? Kenapa ini? Macam mana itu ini?

                  DIA lebih mengetahui tentang kita. DIA lebih mengetahui apa yang kita mahu,apa yang kita perlu. DIA lebih mengetahui bagaimana nak tarbiyah hamba-NYA. DIA lebih mengetahui segalanya tentang kita hatta yang tersirat dalam hati kita.


Percayalah pada-NYA. Mungkin kita dapat tarbiyah diri kita untuk menjadi lebih baik dlm usaha kita amar ma'ruf nahi mungkar? Siapa tahu? ALLAH lebih Mengetahui.


                   Sentiasalah koreksi diri,muhasabah diri..Mohonlah kekuatan daripada-NYA dalam segala perkara yang kita lakukan. Mohonlah bantuan daripada-NYA.Bukan mudah memikul amanah ini.Bukan mudah memikul tanggungjawab.Siapalah kita tanpa bantuan-NYA? Siapalah kita tanpa-NYA??


                   Jadi, sentiasalah letakkan keyakinan dan pengharapan pada DIA YANG MAHA MENGETAHUI. Jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin. 'Setiap dari kamu adalah Pemimpin..'. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. Tabahkan hati,teruskan langkah, pasti kemanisan yang akan dikecapi..Biar bukan didunia asalkan terasa di akhirat kelak..

Thursday, 20 October 2011

Maafkanlah dia,itulah sebaiknya..

                     " Hendaklah mereka memberikan pengampunan dan kelapangan dada. Tidakkah engkau semua senang jikalau ALLAH memberikan pengampunan pula kepadamu? "
                                                                                                                                   ( an-Nur : 22 )

             
Manusia tak lari daripada melakukan kesalahan. Mengapa mesti kita menghukum kesalahan seseorang lagaknya seperti kita yg menciptanya? Sedangkan kita sama..asal yg sama..tempat kembali kita juga sama..dan yang lebih sama antara kita semua ialah kita dicipta oleh ALLAH yang Maha Esa..

Mungkin kerana kejahilannya yang dulu, dia tidak sedar ada hati yang terluka. Ada hati yang memendam rasa. Ada hati yang kesepian dalam memahami kehidupan yang sebenar sebagai hamba-NYA. Namun, dia kini sedar dalam memahami kehidupan sebagai seorang muslim,seorang sahabat,seorang da'ie dan yang lebih penting sebagai hamba-NYA, dia mula mengambil inisiatif utk memulakan kehidupan baru dan yang paling penting memperbaharui ukhuwah dengan pengertian ' ERTI PERSAHABATAN ' yang sebenar. Kenapa mesti kita tutup hati menerima dia kembali dalam coretan hidup kita? kenapa mesti kita menutup mata menerima segala yg dia lakukan demi sebuah ' hijrah '..

Buat sahabat2,
Usah dipinggir dia sebegitu,
Mengertilah kalian erti 'UKHUWAH' yang sebenar,
Manusia tidak lari dari kesilapan,
Kenapa mesti ditanam perasaan benci sebegitu utuh dalam jiwa?
Mengertilah akan hakikat kita dicipta,
Bukankah redha ALLAH yang kita cari?


Buat para da'ie,
Mengapa mesti dipinggir dia sebegitu?
Bukankah dia ingin mulakan kehidupan baru?
Mengapa mesti di asingkan dia sebegitu rupa dalam perjuangan kalian?
Adakah kerana kalian merasakan diri kalian terlalu 'suci' sehingga tidak boleh didekati?
Bukankah ALLAH telah berfirman ' sesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian adalah yang paling bertaqwa ' ?
Mengertilah kalian wahai para pejuang..



Buat insan2  'dia',
usah berputus asa dalam meneruskan langkah kalian,
teruslah maju kehadapan,
bukan redha manusia yang dicari,
tetapi redha ALLAH yang dicari..



" ..Dan orang-orang yg menahan amarahnya dan memaafkan ( kesalahan ) orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yg berbuat kebaikan "
                                                                                                                                    ( ali-imran : 134 )


Maafkanlah dia, itulah sebaiknya..
peringatan buat diri dan semua..hasil daripada sebuah perkongsian..
Islah nafsak wad'u ghoirok..

Wallahua'lam...