Friday, 28 December 2012

Untuk Mu dan Untuk Ku..





" Asrar, ini Zahrah tujukan buat Asrar tau. Cuba dengar, " kata sahabatku, Zahrah.

Aku tahu inilah kasihMu,
Aku tahu inilah cintaMu,
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku,
Tak semuanya yang ku mahu,..


ALLAH.. Tersentuh hatiku saat mendengar lagu ini. Begitu mendalam maksudnya. Seolah-olah memujukku. Terima kasih buat sahabatku Zahrah. Untuk entri kali ini, ku tujukan lagu ini buat sahabat semua. 


    Semoga kita terus kuat, tabah, semangat dan cekal dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Benar, mudah untuk mengatakan sabar, kuat dan sebagainya. Sukar untuk mempraktikkannya. Namun, bukankah Kita orang Islam? jadi tiada istilah putus asa dalam hidup. Kita kena terus bersusaha untuk kuat, tabah dan cekal.


    Buat diri jua, semoga terus kuat. 

Jom, kita dengar sama-sama.




Segalanya Milik-MU




Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan



Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu



Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


Kau terpilih.. ( Part 1 )


          ' Meriahnya di rumah malam ini.', getus hati Saiful. Hari Sabtu. Memang Saiful adik beradik akan berkumpul di rumah Ibu. Gelagat anak sedaranya yang pelbagai, menyerikan lagi suasana.

" Nenek, bila Pak Njang nak kahwin nek? Tinggal Pak Njang seorang sahaja lagi," tanya Anis, anak abang Saiful yang bakal mengambil exam SPM tahun ini.
" Entahlah. Ekau tanyo lah dia. Nenek pun dah ponat ni hah. Tunggu dah lamo, tapi tak cakap2, " , balas nenek.

         Tergelak semua penghuni di rumah Nek Sabe  malam tu. Hanya anak-anak kecil masih leka bermain kejar-kejar di ruang tamu rumah. Adik beradik Saiful semuanya telah mendirikan rumah tangga. Adik bongsunya sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga. Hanya Saiful yang masih bujang. Bukan tiada yang mahu, namun dia lebih memilih untuk berbakti kepada arwah bapanya yang sakit 5 tahun dulu. Bulan rejab tahun ini, ayahnya telah pun pergi menghadap Illahi. Sudah 4 bulan ayahnya meninggal dunia.


         Dia banyak meluangkan masa untuk menjaga ayahnya. Mungkin kerana hanya dia belum ber'keluarga' , maka dia lebih banyak tanggungjawab dan masa buat ayahnya dulu. Teringat Saiful tatkala menguruskan ayahnya yang sakit dulu.

" Epul, bila nak kahwinnya? Mana satu yang menjadi pilihan?", tanya Salahuddin. Mencuri fikiran Saiful yang jauh mengelamun.

" Entahlah. InsyaALLAH. Ibu nak mana satu? Hafizah ke Nurul? ", Saiful bertanya pada ibunya. Redha dan pilihan ibunya lah yang akan diikut.

" Eh, Kau yang nak kahwin. Ibu tak kesah mana-mana pilihan kau epul. Janji kau kahwin." Jawab Nek Sabe.

" Yelah, ibu berkenan yang mana? Kalau Hafizah tu anak yatim piatu, tak ada mak ayah. Nurul pula ada mak ayah. Cuma mungkin maharnya mahal sikit memandangkan dia anak bongsu. Ibu nak yang mana? " tanya Saiful lagi. 
Sebenarnya dia tak kisah siapa yang menjadi pilihan ibunya. Diikutkan hati, dia memilih Nurul. Namun, dia memikirkan ibunya. Ibunya kini tinggal seorang memandangkan Pak Wan, ayahnya, telah meninggal dunia. Dia fikir, mungkin Hafizah adalah calon paling layak.

" Ibu ikut je yang mana kau berkenan. Bukan ibu yang nak kahwin, kau yang nak kahwin. Mana-mana pun boleh Epul. " Balas Nek Sabe. 

        Saiful diam sahaja. Dia memikirkan dari segala aspek. Dia lebih kasihan melihat ibunya nanti. Sekurang-kurangnya, Hafizah mungkin dapat menjaga ibunya dikala dia sibuk. Hafizah mungkin dapat menyayangi ibunya memandangkan Hafizah anak yatim piatu. Sudah tentu dia merindui kasih sayang seorang ibu. Saiful benar-benar buntu. Siapa yang harus dipilihnya untuk dijadikan teman hidup? ' Allah..' bisik hati Saiful.

Nek Sabe membiarkan sahaja Saiful tenggelam dalam dunianya. ' Nak, ibu hanya mendoakan kebahagiaan mu. Ibu berharap sangat dapat melihat kau berkahwin sebelum ibu pergi menghadap-Nya, 'rintih hati kecil Nek Sabe.


*****


' Ya Allah, bantulah hamba-MU ini. Ku mohon petunjuk dari-Mu dalam memilih pasangan hidup ku. ', mohon Saiful dalam hatinya.

         Sudah 37 tahun dia membujang, meniti hidup tanpa seoarang teman disisi. Bukan dia yang terlalu memilih, atau tiada yang mahu, cuma dia terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab sehingga tiada ruang untuk mengurus dirinya dahulu.

         Namun yang pasti, jiwanya tidak sesekali akan dibiar kosong sepertimana sepinya diri kerana tiada teman untuk melayari bahtera suci. Dia sentiasa menghadiri kuliah maghrib di Masjid As-Salam yang terletak 500m dari rumahnya. Apatah lagi apabila kuliah dari Ustaz Abdullah, benar-benar menyentuh hatinya. Hidupnya juga bertambah indah tatkala dia mengikuti usrah yang akan diadakan setiap bulan oleh naqibnya, Abang Sham. Usrah lah yang banyak mengisi hari-harinya agar segar menjadi hamba yang taqarub pada Rabb. Kadang-kadang, dia juga akan turun berprogram untuk anak-anak muda di tempatnya. Begitulah rutin hariannya. Jiwanya sentiasa diisi dengan keindahan taman-taman syurga agar dia terus utuh mencari mardhatillah. Indahnya bila hidup terisi dengan segala perbuatan yang menjadi ibadah buat Rabb yang Maha Agung.

" Saiful, kau buat apa ni? Jauh mengelamun. Ada masalah ke? " tanya Ahmad yang sekaligus mematikan lamunan Saiful. Nasi Ayam di hadapan sahabatnya itu tidak terusik dari tadi. Lama juga Ahmad memerhati gelagat sahabatnya itu. Seperti memikirkan sesuatu yang sangat berat sahaja di kepalanya.

" Tak adalah. Saja aku muhasabah diri, " jawab Saiful. Malu juga melihatkan dirinya yang belum menjamah rezeki Allah di hadapannya itu, sedangkan sahabat didepannya sudah separuh menghabiskan Nasi Goreng Ayam yang ditempah tadi. 

" Kot ye pun jatuh cinta teringat orang jauh, jamah lah juga Nasi Ayam tu. Kasihan aku tengok nasi tu merenung kau dari tadi. Agaknya nasi tu pun fikir ' bila lah manusia ni nak makan aku', " seloroh Ahmad bersahaja. 

" Yelah Tuan Haji, saya makan sekarang, " balas Saiful sambil mula menjamah Nasi Ayam didepannya itu. 

" Macam tu lah Encik Saiful. Kau ni kenapa? Macam ada masalah besar je aku tengok, "

 " Tak ada apa-apa. Saja aku terfikir diri aku ni je, " selindung Saiful.

" Ikut kau lah. Kalau ada apa-apa masalah, beritahulah. InsyaALLAH, aku akan tolong selagi mampu ", Ahmad membalas. Dia memahami Saiful. Saiful pasti akan berkongsi pabila dia bersedia. Saiful hanya tersenyum pada sahabatnya itu.

' Terima kasih Ahmad. Kau banyak membantu aku. Kau memang sahabat yang baik. Semoga Allah memberi ganjaran yang banyak buatmu, ' doa Saiful di hati. Bukan dia tidak mahu menceritakan dilemanya itu, cuma mungkin ini bukan waktu yang sesuai. Dia memerlukan masa untuk memikirkan hal itu.






( bersambung...)





Saturday, 15 December 2012

Sabar lah Sayang..


" Ana masih belum ikhlas menerima semua ini... "

" Ana tahu, susah.. Nak buat macam mana, Belajarlah untuk ikhlas. Jangan sia-sia kan apa yang enti buat untuk fakulti ni menjadi 1 kerja yang bukan ibadah. Belajarla untuk ikhlas. Ana faham apa yang enti rasa. Cuba enti fikir, Kenapa ALLAH tetap meletakkan enti untuk taklifat tu? Sedangkan Organisasi tu dah bubar, dah syura buat kali kedua. Tapi enti masih terpilih untuk benda yang sama. ALLAH nak enti cuba teruskan usaha yang kita perjuangkan sama-sama dulu. "

" ALLAH... Hasbiyallah wa ni'ma wakil, ni'ma maula, wa ni'ma nasir.."

Kadangkala, kita terasa lemah sehingga terduduk dan tak mampu berdiri semula tatkala mendapat sesuatu di luar yang kita harapkan.
Kadangkala, kita menangis seolah tiada lagi bahagia kan muncul kembali.
Kadangkala, kita terasa jalan yang dilalui gelap gelita seolah tiada lagi mentari yang akan menyinar kembali.

Namun,

Pernahkah kita terfikir...

Di saat kita terduduk lemah, ada sahabat yang akan memapah kita kembali untuk bangkit..
Di saat kita menangis, telah tertulis sebuah kebahagiaan di hujung derita..
Di saat kita dalam jalan kegelapan, ada cahaya Illahi yang tak pernah padam..

Yang penting, sandarkan pergantungan pada ALLAH, pasti tiada kecewa. Bukankah DIA Maha Memahami, Maha Setia, Maha Kuat? Kenapa masih berduka wahai hati yang terluka? Bukankah ALLAH telah sediakan ubatnya? Bukankah Al-Quaran itu ubat bagi hati??



Tutt.. tutt..

( 1 message received )

Derita perjuangan bukan satu bebanan, TAPI satu latihan.. Gundah perjuangan bukan satu ancaman, TAPI satu didikan.. Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran TAPI satu kekuatan.. Walau perit manapun perjuangan, sesukar manapun perjalanan, kita PEJUANG, kita MATA RANTAI PERJUANGAN.. Tabahkan hati, kuatkan diri, Hadapi segalanya dengan tenang penuh pengharapan pada ALLAH.. Mardhotillah.. Salam jihad.. InsyaALLAH, mungkin ini yang terbaik untukmu.. Sebelum ini kita pernah doa untuk taknak,TAPI.. Kalau dapat mungkin itu yang lebih baik untuk diri kita,agama.



Wednesday, 5 December 2012

Alangkah indahnya ISLAM..


( 1 message received )

Senangnya.. Alhamdulillah.. Rasa bahagia bila diri dihormati... Indahnya Islam..

Alhamdulillah... Kena kongsi cerita nanti ya..

Huhu.. Hmm.. Zahrah baru naik bas ni.. Seat seorang dah tak ada.. Penuh, Zahrah dapat seat double.. Zahrah tengok no., sebelah Zahrah lelaki india. Zahrah pandang sebelah satu lagi,ada seorang lelaki duduk seat seorang.. Zahrah pandang je dia macam faham. Zahrah minta tukar, dia terus bangun.. Kan bangus muslimin kolej kita pun menghormati macam tadi.. 

Apa yang anda dapat simpulkan?


         Ku terfikir kembali mesej salah seorang sahabatku tadi. Benar, Indahnya islam. Namun tak ramai dapat merasainya. Seorang insan yang bukan dari kolej kami, dapat memahami ajaran Islam.


       Tak semua, sebilangan kecil sahaja tapi ia tetap membawa imej Islam. Teringat kembali bagaimana terdapat sebahagian muslimin tetap tegar memperjuangkan untuk 1 group dengan muslimat bahkan membuka ruang ingin mengadakan study group bersama di tengah-tengah peperiksaan akhir semester. ALLAHU RABBI.. mungkin itu satu perkara biasa bagi penuntut universiti lain, tapi di sesetengah tempat, ia belum pernah dilakukan lagi kecuali ' terdesak' dalam exam muet yang tak dapat elakkan.. Ia bukan konsep waqi' semata-mata. Tapi ia juga apa yang telah digariskan oleh agam Islam yang Indah ini.


     Saat ku baca msj sahabatku tadi, benarlah.. sebenar-benarnya, Islam itu memang indah. Memang indah apabila kita mengamalkan apa yang disyariatkan. Seindah-indahnya. Tak terungkap untuk mengatakan keindahannya. ALLAH..

   
   Mereka yang bukan belajar mendalam tentang agama, mampu mengamalkannya.Tapi bagaimana mereka yang belajar agama secara mendalam tetapi tidak mengamalkannya? ALLAH.. Adakah ingin menegakkan konsep ' fleksibel ' sehingga terbuka segala yang boleh ditutup? Adakah ingin mengelakkan di label jumud, maka diperbolehkan segalanya?


     INDAHNYA AJARAN ISALAM..
     Namun, berapa ramai dapat merasakannya?
     Berapa ramai sedang menikmatinya?
     Berapa ramai menghayatinya?


ALLAHU AKBAR.

Sabda Nabi S.A.W; “Al-Islam Ya’lu wa la Yu’la alaih” 
“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi (kedudukan) daripadanya.” 

kenapa masih ada yang takut untuk mengamalkannya? Takut dipandang jumud? Takut di label syadid? Tidak berani memegang title 'Muslim'? Sanggup islam hanya pada kad pengenalan, tapi bukan secara praktikalnya?


Bukankah ISLAM agama yang INDAH?

Keindahannya kan terasa bila kita mengamalkan ajarannya. Keindahannya kan terasa bila kita menghayatinya.

 
      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita mengamalkannya dalam setiap ruang kehidupan kita..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita menghayatinya dalam setiap hela nafas..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila ia diangkat tinggi dalam kehidupan..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita bersatu jiwa se akidah.
.
      Alangkah indanhnya Islam,
      Pabila kita berakhlak seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah..

      Alangkah indanhya Islam,
      Pabila kita dapat menghayati ajarannya dalam segenap ruang..