Thursday, 4 October 2012

LELAKI YANG diRINDUI...

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa



Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih


Saturday, 15 September 2012

DON'T MISS IT!!!!!!

 

JOHOR BAHRU - 28 SEPT. 2012 ( majlis agama islam johor )

UITM SHAH ALAM -29 SEPT 2012 ( majlis agama islam selangor )

DEWAN PISA, PULAU PINANG -30 SEPT 2012 ( islamic propagation society international )

KUANTAN PAHANG - 5 OCT 2012 ( yayasan pahang )

PWTC KL - 7 OCT 2012 ( PERKIM )







Tuesday, 11 September 2012

InsyaALLAH, ini yang terbaik..


             Sukarnya bila hendak mnetapkan sesuatu keputusan terutama yang melibatkan sesebuah organisasi. Namun, perlu jua ku lepaskan kerana ia terbaik buat semua. Biarlah ALLAH dan diri ini sahaja mengetahui asbab nya. Tidak perlu ku cerita pada manusia kerana manusia takkan mengerti. Manusia takkan memahami sebagaimana ALLAH memahamiku sejak dari dulu lagi.

 Ya ALLAH, moga ini lah terbaik..

                   
                     Bila hendak membuat keputusan, ku muhasabah kembali diri ini. Sedang ku belek-belek hp seorang sahabat, tiba-tiba ku tertekan folder nasyid. Lagu ' Nur Malam ' kumpulan Saujana. Ku hayati liriknya satu persatu.


Bila hati menghadap tuhan ,
Baru kusedar ada kelemahan ,
Terasa kerdil berbanding Yang Esa ,
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan " 



                    Ya ALLAH, kini ku sedar. Manusia takkan pernah tabah, gagah, kuat tanpa bantuan dari -MU. Ya ALLAH, ku mohon petunjuk-Mu. Tetapkan lah yang terbaik buatku. Berilah petunjuk-Mu buatku. Manakah yang terbaik buat ku? Ya Rabb, bimbinglah daku.

                    Malam tersebut ku meminta pendapat seorang murobbiah ku ketika di sekolah menengah dulu. Ku harap semoga ALLAH sampaikan kepadaku petunjuk melalui ustazah ku yang ku yakini agamanya itu. Alhamdulillah, ku temui jawapan yang terbaik. InsyaALLAH..

Semoga itu yang terbaik buat ku dan sahabat2 sefakulti denganku. Wallahua'lam.

Bersama ini, ku titipkan sekali lirik nasyid tersebut. Sekadar perkongsian bersama.


Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat






Monday, 3 September 2012

Mengapa Ibu Menangis???

 

               Satu ketika dahulu, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya, 


“ Ibu, mengapa ibu menangis? ”
 Ibunya menjawab, “sebab aku wanita”.
 “ saya tak mengerti” kata si anak lagi.
 Ibunya hanya tersenyum dan memeluk erat. 


“ Nak kamu memang tak akan mengerti ”
 kemudian bertanya kepada ayahnya, “ ayah kenapa ibu menangis?” 
Si ayah menjawab, “semua wanita menangis tanpa alasan, ” hanya itu jawapan yang biasa diberikan oleh ayahnya.

 Lama-kelamaan si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam dia bermimpi dan mendapat petunjuk dari Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.


             Saat Allah ciptakan wanita, dia membuatnya menjadi sangat penting. Allah ciptakan agar bahunya mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya yang sering kali pula cercaan dari anaknya sendiri.



             Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan. Pantang menyerah si anak sesaat semua orang berputus asa. Wanita Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit,lelah, dan tanpa berkeluh kesah.Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih-sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa pun walaupun anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini jugalah yang memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.


             Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya. Melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung bagi suaminya . Bukankah tulang rusuk suaminya yang melindungi setiap hati dan jantung wanita? Allah berikan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya.



            Dan akhirnya Allah berikan air mata agar dapat mencurahkan hatinya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walau hanya sekadar air mata!


Hope dpt peluang belajar di sana..AMIN...

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan kareem..

Alhamdulliah, diberi peluang oleh ALLAH Untuk merasai,melalui bulan ramadhan tahun ini.Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terindah buat kita.


RAMADHAN KAREEM!ALLAHU AKRAM!
insyaALLAH, bersama kita menuju mardhotillah..



Wednesday, 18 July 2012

" MENGERTILAH "



" Perempuan sombong! "
Begitulah ungkapanmu,
Melukai hatiku,
Tak bisa mengubahku,
Aku tetap aku.

" Perempuan sombong! "
Biar apa katamu,
Biar apa tohmahanmu,
Ku balas doa sejernih salju,
Moga diampuni Yang Satu.

" Perempuan sombong! "
Itu yang terzahir,
Pngertiannya tak lahir,
Kau pasti takkan mengerti,
Sombongku kerana Ilahi.

Mengertilah...
Sombongku bererti sayang,
Sayang yang ku maksudkan,
Bukan sepertimana takrif kebanyakan,
Sayangku berpijak di landasan Tuhan.

Mengertilah..
Aku mahu kau bangkit berdiri,
Menjadi lelaki berkeperibadian tinggi,
Tidak tertipu dengan tipuan duniawi,
Apatah lagi fitnah wanita yang meracuni.

Mengertilah...
Sombongku bukti sayangku
Pada lelaki bernama Adam,
Agar kau bangkit dari kelalaian,
Agar perjuanganmu tidak padam.

Mengertilah...
Aku tidak mahu kau terus tertipu,
Dengan gejolak cinta dan nafsu,
Pada seorang wanita sepertiku,
Hingga kau lupa amanah beratmu.

Mengertilah..
Izinkan aku terus begini,
Menjaga maruah dan peribadi,
Agar aku bukan fitnah lelaki,
Agar kau tak lalai lagi,
Itulah bukti sayangku pada lelaki.

Petikan Dari Novel Fatimah Syarha ' Seindah Mawar Berduri '


Monday, 16 July 2012

Kursus Perbandingan Agama.

Hari Khamis, 12 July 2012.

         Kami dimaklumkan untuk mengikuti satu kursus perbandingan agama yang di anjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam dan Fakulti ku sendiri.Kursus ini disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Din.Alhamdulillah..First time mengikuti kursus ini.Sangat best dan menaikkan semangatku untuk lebih menyiapkan diri demi ummah yang semakin 'sakit' saat ini.


        Kami diberi bible setiap kumpulan untuk mengkaji kelemahan bible yang telah dikatakan 'suci and terpelihara' oleh orang kristian.Memang sastera bahasanya. Diriku bersama 2 orang lagi teman telah mendapat bible King James Version. Terjemahannya berjudul 'al-kitab'.


         Selain itu, setiap seorang peserta diberi buku ' Kombat KIT ' oleh ustaz Abdullah Din. Bagus buku tu. Kami diberi pendedahan secara terperinci.


         Banyak yang kami belajar. Antaranya, mcm kita, surah-surah al-quran kita panggil 'surah' al-fatihah, 'surah' al-baqarah,dll. Bible pula, kita panggil 'buku' kejadian, 'buku' keluaran, 'buku' imamat,dll. Bible ini ada 66 buku. 39 (perjanjian lama) + 27 (perjanjian baru) =66 buku. Yang kami bincangkan dlm kursus itu mengenai bible Protestan. Dalam bible, ada 66 buku. Dalam setiap buku, ada beberapa bab.Mcm contoh, dalam buku kejadian,ada 50 bab. Dan begitulah seterusnya dalam buku lain.

Sepanjang kursus, pelbagai LDK yang kami buat dalam kursus perbandingan agama.

Sangat banyak yang ku dapat. InsyaALLAH, akan ada lagi kursus ini memandangkan kami baru mempelajari 'asas-asas dalam bible'. Bersiaplah, diriku akan bangkit untuk  ummah. Akan ku persiapkan diri dengan ilmu, Untuk ALLAH serta agama ku yang TERCINTA. InsyaALLAH...

=) Wallahua'lam...