Saturday, 18 February 2012

Tarbiyah itu pahit tapi manis..


Tarbiyah itu pahit tapi manis..
Macam mana tu??

        Baru-baru ini, pelbagai perkara yang timbul dalam hidup.Tarbiyah.Bukan sesuatu yang best dan manis tapi sangat diperlukan buat kita.Sangat penting buat kita yang sering kali lalai.Sangat bermakna buat kita yang akan diuji untuk membuktikan sejauh mana keimanan,keyakinan dan pengharapan kita pada ALLAH.

       Tapi buat insan yang mahu menjaga hubungan dan cintanya pada ALLAH,pasti berasa kemanisan tarbiyah disebalik kepayahan. Tarbiyahlah yang dapat menjadikannya untuk terus tabah mengharap pada-NYA. Kemanisannya bukan terus dapat dirasai,tapi memerlukan masa,pemahaman dan penghayatan yang mendalam. Perlu dilalui dengan tabah baru terasa indahnya.

       Apakah manusia itu dikira telah beriman sedangkan dia belum diuji?
Tepuk dada,tanya iman..Sejauh mana ketabahan, kefahaman, keredhaan, kesabaran kita dalam menghadapi ujiannya. Bukankah itu salah satu tarbiyah dari-NYA?Bukankah itu satu hadiah buat kita dalam memahami erti kata sebuah Ketabahan dan Kesabaran?

       Tapi tak ramai yang akan berasa begitu saat diuji..Kerana apa??Tanyalah hati. Tanyalah iman. Diri ini jua tak terkecuali. Namun,sedarlah bahawa semua itu merupakan 1 peluang buat kita untuk lebih dekat dan mengingati-NYA. Kadangkala,kita tak rasa sesuatu itu perlu. Setelah beberapa ketika,barulah kita akan sedari pentingnya ia untuk diri kita.

       Siapa yang lebih mengerti tentang keperluan kita? Siapa yang lebih memahami jiwa kita? Siapa yang lebih mengetahui kemampuan kita tika diuji? Tak lain tak bukan, hanya ALLAH yang tahu. Hanya DIA.

       Teringat kata seorang sahabat, 
" Think positive..Anggaplah semua ini sebagai batu loncatan untuk lebih dekat dengan-NYA. Kita perlu think positive dalam segala perkara yang terjadi agar kita tak rasa 'down'. Jangan terlalu negative.."

Jadi buatmu dan diri yang tak akan lari dari diuji..

Yakinlah pada-NYA,
DIA tahu kemampuanmu,
DIA memahami jiwamu,
DIA mengerti tentangmu.

Apa yang kau perlu,
Apa yang kau mahu,
Apa yang kau suka,
Apa yang kau benci,
ALLAH tahu tentang itu sedalamnya.
Doalah senjata orang mukmin..

Teruskan langkah,
Jangan mengalah,
Kuatkan semangat,
Pasti manisnya tarbiyah itu kan kau rasai.

Percayalah,
Kita semua sama,
Pasti diuji iman dan kekuatan,
Kerana bukan mudah untuk ke syurga.

Perlu adanya pertukaran,
Perlu adanya pengorbanan,
Perlu adanya kesabaran,
Perlu jua doamu tika hadapinya.

Kita kan tabah menempuhnya,
Kita kan sabar melaluinya,
Kita kan kuat menghadapinya,
Semua dengan izin-NYA.

No comments: