pertama sekali, ucapan syukr buat-NYA Kerana diri ini masih diberi ruang untuk bernafas dan mengembara di muka bumi ini. Tergerak hati ini menulis apa yang ku rasa, ku fikir saat ini. Sebenarnya diri ini sedang membaca sebuah buku yang diberi oleh maksu. Memandangkan diriku sedang cuti semester, maksu beri sebuah buku untukku membacanya dirumah. ' Aku Terima Nikahnya ' judul buku yang ku sedang baca. Sepanjang pembacaan ku, banyak input yang ku dapat. Bermula dari pembinaan diri muslim, kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.
Namun, bukan isi buku ini yang ingin ku kupas kerana ku yakin ramai orang yang sudah selesai membacanya.Malah mungkin ada yang telah mengulang beberapa kali membaca buku tu. Sewaktu ku membaca buku ini, ku terdengar muzik yang kuat sangat sehingga m'ganggu konsentrasiku. Lalu ku berhenti sebentar untuk amati muzik tersebut.
" aku inginkan dirimu..dtg dan temui aku,..."
ku amati lagu tu lagi. Muzik tu dtg dari tadika yang berdekatan dengan rumahku. Ku amati sekali lagi lagu tersebut. Terdengar suara kanak2 ikut menyanyi. ' mungkin lagu tu diterjemah untuk cinta Allah. ' bisikku dalam diri.
Baru sahaja ku ingin sambung bacaanku, ku terdengar lagu telah bertukar kepada next selection.
" i want nobody nobody but you.. i want nobody nobody but you.."
wow.. Sedikit terkejut. Anak2 kecil, baru tadika sudah didedahkan dengan muzik2 macam tu? hurm, just imagine,.. setahu diri ini, lagu tu lagu korea kerana sering ku dengar bila berada di jalan masjid jamek, dan dalam pengangkutan awam. Ku tidaklah terlalu berkira sgt namun wajarkah kanak2 tadika di ajar muzik sebegitu?
Memang benar, mungkin kanak2 sekarang ter'advance' tahu dan selalu disogokan dengan muzik2 mcm tu. Tapi perlu kah dijadikan suatu silibus dalam sesi persekolahan di awal pembelajaran mereka? Bukankah lebih elok di ajar nilai2 murni dan sebagainya yang perlu bagi mereka yang baru melangkah ke alam prasekolah? Setiap orang, ada pendapat masing2. Mungkin hari ini sahaja mereka diberi peluang belajar lagu2 tu. Mungkin untuk menarik mereka dari 'nakal'. Siapa tahu kan? Wallahu a'lam.
Tiba-tiba terbayang muka adik-adik sepupu yang kecil baby. Mereka sangat comel, dan merekalah yang akan menjadi pewaris islam. Kasihan mereka jika tak di didik dengan sebaiknya. Kasihan mereka jika tidak di dedahkan dengan hakikat kita diciptakan. ALLAH...
Apakah usaha ku hanya sekadar melihat? sekadar meluah di blog tapi tiada usaha? sudah tentu Tidak Sama Sekali.. Diri ku juga perlu bersedia, perlu islah, perlu tarbiyah, perlu berusaha baiki kekurangan diri. Dan seterusnya, akan ku didik serta gilap permata2 islam agar mereka terus berkilau dengan nur islam. Bukan ku seorang. tapi bersama sahabat2 "tarbiyah".. insyaALLAH..


No comments:
Post a Comment