Sunday, 25 November 2012

Kuatlah kalian di sana..






tutt tutt...

1 message received...

" baru sebentar tadi Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan menembak  6 petani di Khan Younis, Gaza. Maka benarlah seprti yang telah ALLAH  khabarkan sifat mereka dalam al-quran. sumbe r= aqsa sharif "

ALLAH...

saudara ku di sana. Bantulah mereka ya ALLAH.

Pada jumaat lepas, diadakan satu demonstrasi di masjid tabung haji . Ramai sahabat ku yang pergi. Ku bangga melihat semangat mereka untuk demo. Ku harap semangat mereka juga akan berkekalan demi menegakkan syiar islam di bumi ini. InsyaALLAH ameen ~



" Kita dekat sini tenang je. Sibuk belajar, tidur, makan, facebook.. Belajar, tidur, makan, fb.. tapi saudara kita di palestin? ALLAH... Kenapa macam tak ada perasaan je ye? "

" Sebab Kurang rasa ikatan persaudaraan dan se akidah."  

ALLAH.. Bagaimana kita????

" Kita kat sini semangat demo sana sini, Tapi bila time bangun untuk solat?? ALLAHU RABBI.. Mana hilangnya semangat demo di tengah hari semalam? Bukankah demo dengan bangkit untuk solat subuh itu lebih menyakitkan musuh-musuh islam? Bukankah dengan mengikut dan mengamalkan apa yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah itu lebih menggerunkan mereka? "


Begitulah antara perbualan yang dapat ku kongsikan. Realiti, tapi itulah dia. Bukan semua macam tu, tapi segelintir. Buat kita yang masih leka, sedarlah. Saudara kita di sana terus terusan di ancam! Di manakah mereka di hati dan fikiran kita? adakah hanya buat sementara waktu? Berlalu ikut musim? sekejap ada, sekejap tak ada macam iklan chipsmore?? ALLAHU AKBAR.

Ku muhasabah diri yang serba kekurangan. Masih ada tanggungjawab dan sentiasa kan ada, tanggungjawab membawa ummah kembali segar, kuat, semangat, tabah, dan hebat seperti zaman kegemilangan islam dahulu. Tapi Bagaimana harus ku mulakan?

Mulakan dengan bismillah, perbaiki hati, perbaiki diri, seiring bersama menyeru mereka. Ya ! itulah yang seharusnya kita lakukan.. Ayuh Bangkit! Kita menolong saudara-saudara kita yang dizalimi. Perbaiki diri, hebatkan doa, dan sedarkan ummah yang tertidur saat ini.

Gerunkan musuh-musuh islam dengan kita bangkit menjadi muslim yang sejati.. Buangkan sifat assabiyah, sombong, ego kita.. dan bersatulah untuk islam!

Jangan lupa untuk melakukan Qunut nazilah, dan.. Bangkit untuk solat ( terutamanya solat subuh ) setiap waktu.


Tuesday, 6 November 2012

Duhai permata2 islam..



pertama sekali, ucapan syukr buat-NYA  Kerana diri ini masih diberi ruang untuk bernafas dan mengembara di muka bumi ini. Tergerak hati ini menulis apa yang ku rasa, ku fikir saat ini.  Sebenarnya diri ini sedang membaca sebuah buku yang diberi oleh maksu. Memandangkan diriku sedang cuti semester, maksu beri sebuah buku untukku membacanya dirumah. ' Aku Terima Nikahnya ' judul buku yang ku sedang baca. Sepanjang pembacaan ku, banyak input yang ku dapat. Bermula dari pembinaan diri muslim, kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

     Namun, bukan isi buku ini yang ingin ku kupas kerana ku yakin ramai orang yang sudah selesai membacanya.Malah mungkin ada yang telah mengulang beberapa kali membaca buku tu. Sewaktu ku membaca buku ini, ku terdengar muzik yang kuat sangat sehingga m'ganggu konsentrasiku. Lalu ku berhenti sebentar untuk amati muzik tersebut.


" aku inginkan dirimu..dtg dan temui aku,..."

ku amati lagu tu lagi. Muzik tu dtg dari tadika yang berdekatan dengan rumahku. Ku amati sekali lagi lagu tersebut. Terdengar suara kanak2 ikut menyanyi.  ' mungkin lagu tu diterjemah untuk cinta Allah. ' bisikku dalam diri.

   Baru sahaja ku ingin sambung bacaanku, ku terdengar lagu telah bertukar kepada next selection.

" i want nobody nobody but you.. i want nobody nobody but you.."

wow.. Sedikit terkejut. Anak2 kecil, baru tadika sudah didedahkan dengan muzik2 macam tu? hurm, just imagine,.. setahu diri ini, lagu tu lagu korea kerana sering ku dengar bila berada di jalan masjid jamek, dan dalam pengangkutan awam. Ku tidaklah terlalu berkira sgt namun wajarkah kanak2 tadika di ajar muzik sebegitu?


       Memang benar, mungkin kanak2 sekarang ter'advance' tahu dan selalu disogokan dengan muzik2 mcm tu. Tapi perlu kah dijadikan suatu silibus dalam sesi persekolahan di awal pembelajaran mereka? Bukankah lebih elok di ajar nilai2 murni dan sebagainya yang perlu bagi mereka yang baru melangkah ke alam prasekolah? Setiap orang, ada pendapat masing2. Mungkin hari ini sahaja mereka diberi peluang belajar lagu2 tu. Mungkin untuk menarik mereka dari 'nakal'. Siapa tahu kan? Wallahu a'lam.

       Tiba-tiba terbayang muka adik-adik sepupu yang kecil baby. Mereka sangat comel, dan merekalah yang akan menjadi pewaris islam. Kasihan mereka jika tak di didik dengan sebaiknya. Kasihan mereka jika tidak di dedahkan dengan hakikat kita diciptakan. ALLAH...

     
      Apakah usaha ku hanya sekadar melihat? sekadar meluah di blog tapi tiada usaha? sudah tentu Tidak Sama Sekali.. Diri ku juga perlu bersedia, perlu islah, perlu tarbiyah, perlu berusaha baiki kekurangan diri. Dan seterusnya, akan ku didik serta gilap permata2 islam agar mereka terus berkilau dengan nur islam. Bukan ku seorang. tapi bersama sahabat2 "tarbiyah".. insyaALLAH..
   

Tuesday, 16 October 2012

SAHABAT


S.A.H.A.B.A.T

Setiap orang menginginkan sahabat yang baik, caring, mengingati kita dlm doanya, menjaga rahsia, mengambil berat, memahami, susah senang bersama, dll... Namun, berapa ramai antara kita yang berusaha menjadi sahabat 'idaman' tersebut??

Bagaimana mungkin, kita boleh mementingkan diri? mahu orang memahami, mahu orang mengingati, mahu orang mengambil berat, mahu orang menyayangi, dan macam2 sedangkan kita pada dia? bagaimana pula?

" Lama kita tak contact kan? Apa khabar? kenapa mendiamkan diri tanpa berita selama ni? "

" Kadang2 kita perlu berjauhan agar terbit rasa rindu sehingga rindu itu akan membuatkan kita di ambil kembali menjadi insan penting dalam hidup.. "

" Sahabat bukan sekadar bersama 24 jam, makan, gelak , nangis bersama.. namun sahabat merupakan insan yang akan mengingatkan kita pada-NYA bila melihat diri kita mula jauh, sahabat itu sentiasa mendoakan kita dlm doanya, sahabat itu akan sentiasa memastikan ada ruang untuknya bersama kita walau seminit, sahabat itu .... sahabat ini..... "

" Sahabat itu bukan insan sempurna, sentiasa sempurna di mata seperti malaikat. Sahabat itu bukan seperti yang kita idamkan 100%.. Sahabat itu bukan baik depan kita, tapi di belakang? "

" Persahabatan bukan proses mencari, tapi proses menjadi.. bukan untuk mencari sahabat idaman, tapi proses menjadi sahabat idaman."

Senang untuk kita mengungkapkan formulanya, namun payah untuk melaksanakannya. Diri ku juga punya impian, namun, ku juga perlu berusaha menjadi.

Asam garam dalam kehidupan, sedangkan lidah lagi kan tergigit. Namun itu bukan alasan untuk kita memutuskan persahabatan. sifat ego yang tinggi, perlu dilunturkan. sifat merasa diri lebih baik dari orang, perlu di buang. sifat pentingkan diri, perlu di hapus. sifat takabur, sombong, perlu dipadam.


 Sahabat bukan insan maksum, sempurna,.. Setiap antara kita semua ada kekurangan dan kelebihan. Gunakanlah kelebihan dan kekurangan itu untuk melengkapkan antara 1 sama lain. Terutamanya dalam kita bersama memperjuangkan agama ISLAM Yang dicintai.

 Apalah ertinya persahabatan andai aib sahabat dibuka? Bukankah kita punya ALLAH ( sebaik-baik sahabat dan teman) untuk mengadu? Mungkin kerana kesalahan kita yang lepas, kita di uji.

Namun, Andai didunia kita tidak peroleh sahabat 'idaman' , jangan bersedih. Bukankah ALLAH Sentiasa ada untuk kita? Bukankah DIA Sebaik sahabat?. Senyumlah kamu wahai insan. terus berusaha dan berdoa :-)

 Perlunya untuk saling berlapang dada dan memahami. jangan mudah melenting, jangan mengharapkan yang macam2. hargailah apa yang kamu miliki. hargai apa yang ada, jangan menyesal pada hari DIA Mengambil kembali apa yang dipinjamnya kita. :-)


Buat diri yang mudah lupa, dan untuk mu. Semoga ini dapat membantu memahami. InsyaALLAH. Wallahua'lam.

Thursday, 4 October 2012

LELAKI YANG diRINDUI...

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa



Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih


Saturday, 15 September 2012

DON'T MISS IT!!!!!!

 

JOHOR BAHRU - 28 SEPT. 2012 ( majlis agama islam johor )

UITM SHAH ALAM -29 SEPT 2012 ( majlis agama islam selangor )

DEWAN PISA, PULAU PINANG -30 SEPT 2012 ( islamic propagation society international )

KUANTAN PAHANG - 5 OCT 2012 ( yayasan pahang )

PWTC KL - 7 OCT 2012 ( PERKIM )







Tuesday, 11 September 2012

InsyaALLAH, ini yang terbaik..


             Sukarnya bila hendak mnetapkan sesuatu keputusan terutama yang melibatkan sesebuah organisasi. Namun, perlu jua ku lepaskan kerana ia terbaik buat semua. Biarlah ALLAH dan diri ini sahaja mengetahui asbab nya. Tidak perlu ku cerita pada manusia kerana manusia takkan mengerti. Manusia takkan memahami sebagaimana ALLAH memahamiku sejak dari dulu lagi.

 Ya ALLAH, moga ini lah terbaik..

                   
                     Bila hendak membuat keputusan, ku muhasabah kembali diri ini. Sedang ku belek-belek hp seorang sahabat, tiba-tiba ku tertekan folder nasyid. Lagu ' Nur Malam ' kumpulan Saujana. Ku hayati liriknya satu persatu.


Bila hati menghadap tuhan ,
Baru kusedar ada kelemahan ,
Terasa kerdil berbanding Yang Esa ,
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan " 



                    Ya ALLAH, kini ku sedar. Manusia takkan pernah tabah, gagah, kuat tanpa bantuan dari -MU. Ya ALLAH, ku mohon petunjuk-Mu. Tetapkan lah yang terbaik buatku. Berilah petunjuk-Mu buatku. Manakah yang terbaik buat ku? Ya Rabb, bimbinglah daku.

                    Malam tersebut ku meminta pendapat seorang murobbiah ku ketika di sekolah menengah dulu. Ku harap semoga ALLAH sampaikan kepadaku petunjuk melalui ustazah ku yang ku yakini agamanya itu. Alhamdulillah, ku temui jawapan yang terbaik. InsyaALLAH..

Semoga itu yang terbaik buat ku dan sahabat2 sefakulti denganku. Wallahua'lam.

Bersama ini, ku titipkan sekali lirik nasyid tersebut. Sekadar perkongsian bersama.


Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat






Monday, 3 September 2012

Mengapa Ibu Menangis???

 

               Satu ketika dahulu, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya, 


“ Ibu, mengapa ibu menangis? ”
 Ibunya menjawab, “sebab aku wanita”.
 “ saya tak mengerti” kata si anak lagi.
 Ibunya hanya tersenyum dan memeluk erat. 


“ Nak kamu memang tak akan mengerti ”
 kemudian bertanya kepada ayahnya, “ ayah kenapa ibu menangis?” 
Si ayah menjawab, “semua wanita menangis tanpa alasan, ” hanya itu jawapan yang biasa diberikan oleh ayahnya.

 Lama-kelamaan si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam dia bermimpi dan mendapat petunjuk dari Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.


             Saat Allah ciptakan wanita, dia membuatnya menjadi sangat penting. Allah ciptakan agar bahunya mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya yang sering kali pula cercaan dari anaknya sendiri.



             Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan. Pantang menyerah si anak sesaat semua orang berputus asa. Wanita Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit,lelah, dan tanpa berkeluh kesah.Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih-sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa pun walaupun anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini jugalah yang memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.


             Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya. Melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung bagi suaminya . Bukankah tulang rusuk suaminya yang melindungi setiap hati dan jantung wanita? Allah berikan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya.



            Dan akhirnya Allah berikan air mata agar dapat mencurahkan hatinya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walau hanya sekadar air mata!


Hope dpt peluang belajar di sana..AMIN...