Apa khabar dirimu?
Apa khabar imanmu?
Apa khabar hatimu?
Srikandi yang ku sayangi,Lupakah kalian saat kita bersama?
Lupakah kalian pertemuan kita pada 10/10/10?
Lupakah kalian pertemuan kita pada 21/10/11?
Adikku,
Kemanakah sayangku dibuang?
Kemanakah rinduku dicampak?
Tidak bernilai lagi kah kasihku ini?
Tidak bernilai lagi kah rinduku ini?
Tidak bernilai lagi kah semua ini?
Adikku,
Ingatlah pesanku padamu,
Hidup kita hanya untuk ALLAH,
Ibadah kita hanya untuk ALLAH,
Segala yang kita lakukan mestilah untuk ALLAH.
Adikku sayang,
Cinta ALLAH mesti yang pertama,
Sunnah Rasulullah mesti diikuti,
Harapan Ibubapa mesti diingati,Sahabat mesti disayangi.
Adikku,
Jagalah dirimu baik2,
Peliharalah malu mu agar tidak berkurang,
Lindungilah maruah mu sebaik mungkin,
Simpanlah cinta mu hanya buat yang halal.
Adikku,
Ingatlah pesanku,
ALLAH sentiasa melihat mu dan juga diriku,
Malulah pada-NYA,
Sedarlah bahawa kita datang daripada-NYA,
Kita juga akan kembali pada-NYA.
Adikku,
Kakakmu juga insan biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan. Maafkan kakakmu ini andainya sepanjang bersamamu selama ini telah memarahimu, telah menegurmu, telah bertegas denganmu. Namun ketahuilah marahku,tegurku,tegasku padamu hanya kerana sayang dari seorang kakak kepada adiknya. Bukan marah semata-mata, bukan tegur semata-mata, bukan tegas semata-mata tapi kerana sayangnya diriku ini padamu.
Adikku,
Sama-samalah kita saling mengingatkan antara satu sama lain dalam menjadi hamba-NYA yang soleh. Sama-samalah kita saling mengingatkan dalam mendapatkan cinta-NYA, redha-NYA, dan kasih-NYA. Sama-samalah kita saling mengingatkan untuk menjadi yang menjaga terjaga dan dijaga. Kakakmu ini juga memerlukan dirimu dalam menuju mardhotillah. Ingatkanlah diriku bila ku terlupa..


1 comment:
kami sentiase merindui akak kerana NYA.
Post a Comment