P.R.I.M.U.S ??
Program Remaja Islam Unggul..
| FOKUS SUNGGUH ADIK2 PRIMUS.. |
Tarikh yang sangat bermakna bagiku. Dari sini, pelbagai benda yang dapat ku fahami,ku sedari..Alangkah rindunya akak pada adik2 PRIMUS. Teringat setiap saat,setiap detik kita bersama. Baru akak sedar betapa hebatnya adik-adik..Betapa bagusnya ukhuwah adik-adik..Betapa rindunya akak pada adik-adik setelah akak keluar dari sekolah..Betapa sayang akak makin bertambah saat kita terpaksa berpisah demi sebuah kehidupan..
walau pun akak tiada setiap saat bersama denganmu,
ketahuilah ALLAH sentiasa ada utk adik..
DIA lebih dekat daripada nadi adik sendiri..
DIA tak akan pernah meninggalkan kita..
sebaliknya, kita yang kadang2 terlupa dan meninggalkan-NYA..
Jadi adik2, ingatlah pesanan akak dan fasi2 lain..Binalah hubungan dengan-NYA. Pasti bahagia adik temui..Percayalah adikku syg..
Semoga adik2 akak diberi kekuatan utk terus istiqomah mengejar mardhotillah..terus tabah menjadi insan yang lebih baik dari semalam..terus hebat dalam menegakkan yang Hak.. terus berusaha mencontohi srikandi2 islam dahulu..
Adik-adik kuatkan semangat ya. Walau sekejap sahaja pertemuan kita, mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi adik2 dan akak erti ukhuwah,erti kehidupan yang sebenar dalam meneruskan perjalanan menuju-NYA..
![]() |
Buat adik-adik ' Malikatul Jannah ' yang ku sygi,
( teqa,jiha,lia,aina,alia,amal,rai,nisa,wani )
Adikku,
ketahuilah..
diri ini teramat rindu padamu,
diri ini teramat sayang padamu,
diri ini teramat kasih padamu.
Adikku,
tabahkanlah hatimu dalam menempuh dugaan-NYA,
kuatkan pengharapanmu pada-NYA,
mohonlah kekuatan dari-NYA,
yakinlah dengan-NYA.
Adikku syg,
cintailah NYA,
sayangilah NYA,
pasti kebahagian akan adik temui,
pasti adik temui apa yang adik cari selama ini.
Adikku,
percayalah padaku,
DIA lebih memahami mu,
DIA lebih menyayangi mu,
DIA lebih merindui mu,
kerana DIA penciptaku dan juga penciptamu..




1 comment:
wahh!
kata xpndai blogging..
skali post.
puitis2..
dahsyat sahabat sy nih..
expert terus..
hoho..
do write more!
msti adk2 awk trharu..
hee =D
-galaxy
Post a Comment