Tuesday, 19 March 2013

Tatkala Persahabatan Teruji



          Assalamualaikum. Sudah berhabuk blog yang kian tidak terurus dek kekurangan diri membahagikan masa seketika menguruskan blog ini. Allahu Rabbi.. Maafkan segala kekurangan ku  ini. Ku akui kelemahan dan kekuranganku ini ya Allah.

         Sahabta-sahabat, Alhamdulillah, entri kali ini mungkin perkongsian buat seseorang. Terpulang sama ada yang sedang membaca atau yang memang tak akan jumpa blog ini. Cukuplah Allah bagi kita semua. =)

hmm, Persahabatan Teruji?? 



Alamak weyh, relax lah.. Geli lah

'persahabatan'- 'persahabatan' ni.. kawan biasa sudah..

Saya malas nak ber~ feeling2 dalam persahabatan ni.. kalau apa terjadi, tak ada lah nak skit kepala fikir bila time2 gaduh.

Ana harap ukhuwah persahabatan kita terus mekar disirami keredhaan-NYA.


    Setiap insan mempunyai pelbagai tafsiran tentang sebuah persahabatan. Ada orang lebih suka menahan perasaan sendirian, ada orang lebih senang berkongsi dengan teman, ada orang mahu teman sekadar suka suki, ada orang pula mahu teman susah senang bersama, dan macam-macam lagi.

       
        Mengapa sebuah Persahabatan kan teruji?

  Ya, betul. Dalam surah Al-ankabut ada jawapannya. ( ayat 2-3 )


2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)



3. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. 29:3)



 Ya, jelas.. ini sebahagian dari ujian-NYA. Untuk kita membuktikan benarkah persahabatan yang kita bina, ' KERANA ALLAH ' ?

          Ya, selalu kita dengar. Ukhuwah fillah, saya sayang awak kerana Allah, semoga persahabatan kita fillah, dan macam-macam lagi.

Nah, bila tiba ujian yang menduga persahabatan kita, apakah yang kita lakukan untuk melaluinya?



Pabila terasa, Bagaimana reaksi kita?
 adakah dengan berbaik sangka bahawa ada sebab mengapa dia terpaksa melakukan itu?
 atau adakah dengan menjauhkan dan menyepikan diri?
 sebagai cara kita ' mengajar ' sahabat kita itu?


Pabila marah, Bagaimankah reaksi kita?
adakah dengan memberi ruang untuk kita berfikir secara rasional&matang untuk langkah seterusnya ?
atau adakah dengan memaki hamun serta memutuskan terus persahabatan yang pernah dibina?
sebagai cara kita ' menyedarkan ' sahabat kita?


Pabila cemburu, Bagaimanakah reaksi kita?
 adakah dengan menyedarkan kita bahawa sahabat milik semua, bukan kita seorang memandangkan dia juga seorang da'ie dan kita cuba untuk turut berbahagia?
atau adakah dengan memendam rasa membiarkan api kemarahan menyala dan kita senyap-senyap membina jurang dalam persahabatan?
 sebagai cara kita ' protes ' pada sahabat kita?


Pabila dijauhi, Bagaimanakah reaksi kita?
adakah dengan muhasabah kembali kekurangan dan kesalahan diri?
atau adakah kita turut bina ' tembok ' setinggi gunung Everest antara kita dan dia?
sebagai cara kita membalas sahabat kita?


Pabila disakiti, Bagaimanakah reaksi kita?
adakah dengan memaafkan sahabat dan slow talk with them?
atau adakah kita sepi menyendiri membiarkan persahabatan terputus sendirinya dek waktu dan jarak?
sebagai cara kita ' merawat ' luka?


Pabila persahabatan teruji pelbagai rasa, Bagaimanakah reaksi kita?
Adakah dengan mengingatkan kembali kenangan bersama serta memohon keredhaan, kekuatan, kesabaran dari-NYA?
atau Adakah dengan mencari jalan menyakitkan hati sahabat? menjauhkan diri? membina jurang dan tembok?
Sebagai cara kita' memberitahu' dan 'mengingatkan' sahabat kita?


          Bagaimana kita tika diuji? Bagaimana kita membuktikan persahabatan kerana ALLAH???


Semakin hari, semakin lama, semakin persahabatan kan teruji. Alhamdulillah, mungkin ini ruang untuk kita lebih bergantung pada-Nya. Ya, memang sukar, memang pahit. Namun perlukah terus berundur? terus menyepi dan membawa diri? Bukan itu slogan persahabatan yang ku maksudkan.

Ya, kadang-kadang, terdapat rahsia dan amanah orang lain yang menuntut ku untuk menjaganya, bukan niat ku untuk merahsiakannya dari mu. Bukan juga niatku untuk mengabaikan title kamu sebagai seorang sahabat.

Ya, kadang-kadang, kesibukan di kolej dan kekurangan diriku mengurus waktu yang membuatku terlupa keadaan mu di sana. Bukan niatku mengabaikan kamu sebagai sahabat.


          Apa yang pasti, sahabat bukan sekadar suka suki semata-mata mengikut definisi ku. Tapi sahabat perlu susah senag bersama dan saling lengkap melengkapi kekurangan bersama sekaligus membawa kita bersama ke syurga. InsyaALLAH...

Buatmu Sahabat,

Semoga kita terus kuat dan saling memahami dalam kembara ini.
Semoga diriku jua dirimu kan terus tabah menghadapi liku2 perjalanan.
Semoga kita cekal dalam kehidupan kian berwarna warni ini.

ku tinggalkan sebuah lagu buat sahabat. Semoga persahabatan kita dan kita-kita semua kan diredhai dan kukuh seperti ~~~~ =)




Friday, 28 December 2012

Untuk Mu dan Untuk Ku..





" Asrar, ini Zahrah tujukan buat Asrar tau. Cuba dengar, " kata sahabatku, Zahrah.

Aku tahu inilah kasihMu,
Aku tahu inilah cintaMu,
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku,
Tak semuanya yang ku mahu,..


ALLAH.. Tersentuh hatiku saat mendengar lagu ini. Begitu mendalam maksudnya. Seolah-olah memujukku. Terima kasih buat sahabatku Zahrah. Untuk entri kali ini, ku tujukan lagu ini buat sahabat semua. 


    Semoga kita terus kuat, tabah, semangat dan cekal dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Benar, mudah untuk mengatakan sabar, kuat dan sebagainya. Sukar untuk mempraktikkannya. Namun, bukankah Kita orang Islam? jadi tiada istilah putus asa dalam hidup. Kita kena terus bersusaha untuk kuat, tabah dan cekal.


    Buat diri jua, semoga terus kuat. 

Jom, kita dengar sama-sama.




Segalanya Milik-MU




Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan



Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu



Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


Kau terpilih.. ( Part 1 )


          ' Meriahnya di rumah malam ini.', getus hati Saiful. Hari Sabtu. Memang Saiful adik beradik akan berkumpul di rumah Ibu. Gelagat anak sedaranya yang pelbagai, menyerikan lagi suasana.

" Nenek, bila Pak Njang nak kahwin nek? Tinggal Pak Njang seorang sahaja lagi," tanya Anis, anak abang Saiful yang bakal mengambil exam SPM tahun ini.
" Entahlah. Ekau tanyo lah dia. Nenek pun dah ponat ni hah. Tunggu dah lamo, tapi tak cakap2, " , balas nenek.

         Tergelak semua penghuni di rumah Nek Sabe  malam tu. Hanya anak-anak kecil masih leka bermain kejar-kejar di ruang tamu rumah. Adik beradik Saiful semuanya telah mendirikan rumah tangga. Adik bongsunya sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga. Hanya Saiful yang masih bujang. Bukan tiada yang mahu, namun dia lebih memilih untuk berbakti kepada arwah bapanya yang sakit 5 tahun dulu. Bulan rejab tahun ini, ayahnya telah pun pergi menghadap Illahi. Sudah 4 bulan ayahnya meninggal dunia.


         Dia banyak meluangkan masa untuk menjaga ayahnya. Mungkin kerana hanya dia belum ber'keluarga' , maka dia lebih banyak tanggungjawab dan masa buat ayahnya dulu. Teringat Saiful tatkala menguruskan ayahnya yang sakit dulu.

" Epul, bila nak kahwinnya? Mana satu yang menjadi pilihan?", tanya Salahuddin. Mencuri fikiran Saiful yang jauh mengelamun.

" Entahlah. InsyaALLAH. Ibu nak mana satu? Hafizah ke Nurul? ", Saiful bertanya pada ibunya. Redha dan pilihan ibunya lah yang akan diikut.

" Eh, Kau yang nak kahwin. Ibu tak kesah mana-mana pilihan kau epul. Janji kau kahwin." Jawab Nek Sabe.

" Yelah, ibu berkenan yang mana? Kalau Hafizah tu anak yatim piatu, tak ada mak ayah. Nurul pula ada mak ayah. Cuma mungkin maharnya mahal sikit memandangkan dia anak bongsu. Ibu nak yang mana? " tanya Saiful lagi. 
Sebenarnya dia tak kisah siapa yang menjadi pilihan ibunya. Diikutkan hati, dia memilih Nurul. Namun, dia memikirkan ibunya. Ibunya kini tinggal seorang memandangkan Pak Wan, ayahnya, telah meninggal dunia. Dia fikir, mungkin Hafizah adalah calon paling layak.

" Ibu ikut je yang mana kau berkenan. Bukan ibu yang nak kahwin, kau yang nak kahwin. Mana-mana pun boleh Epul. " Balas Nek Sabe. 

        Saiful diam sahaja. Dia memikirkan dari segala aspek. Dia lebih kasihan melihat ibunya nanti. Sekurang-kurangnya, Hafizah mungkin dapat menjaga ibunya dikala dia sibuk. Hafizah mungkin dapat menyayangi ibunya memandangkan Hafizah anak yatim piatu. Sudah tentu dia merindui kasih sayang seorang ibu. Saiful benar-benar buntu. Siapa yang harus dipilihnya untuk dijadikan teman hidup? ' Allah..' bisik hati Saiful.

Nek Sabe membiarkan sahaja Saiful tenggelam dalam dunianya. ' Nak, ibu hanya mendoakan kebahagiaan mu. Ibu berharap sangat dapat melihat kau berkahwin sebelum ibu pergi menghadap-Nya, 'rintih hati kecil Nek Sabe.


*****


' Ya Allah, bantulah hamba-MU ini. Ku mohon petunjuk dari-Mu dalam memilih pasangan hidup ku. ', mohon Saiful dalam hatinya.

         Sudah 37 tahun dia membujang, meniti hidup tanpa seoarang teman disisi. Bukan dia yang terlalu memilih, atau tiada yang mahu, cuma dia terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab sehingga tiada ruang untuk mengurus dirinya dahulu.

         Namun yang pasti, jiwanya tidak sesekali akan dibiar kosong sepertimana sepinya diri kerana tiada teman untuk melayari bahtera suci. Dia sentiasa menghadiri kuliah maghrib di Masjid As-Salam yang terletak 500m dari rumahnya. Apatah lagi apabila kuliah dari Ustaz Abdullah, benar-benar menyentuh hatinya. Hidupnya juga bertambah indah tatkala dia mengikuti usrah yang akan diadakan setiap bulan oleh naqibnya, Abang Sham. Usrah lah yang banyak mengisi hari-harinya agar segar menjadi hamba yang taqarub pada Rabb. Kadang-kadang, dia juga akan turun berprogram untuk anak-anak muda di tempatnya. Begitulah rutin hariannya. Jiwanya sentiasa diisi dengan keindahan taman-taman syurga agar dia terus utuh mencari mardhatillah. Indahnya bila hidup terisi dengan segala perbuatan yang menjadi ibadah buat Rabb yang Maha Agung.

" Saiful, kau buat apa ni? Jauh mengelamun. Ada masalah ke? " tanya Ahmad yang sekaligus mematikan lamunan Saiful. Nasi Ayam di hadapan sahabatnya itu tidak terusik dari tadi. Lama juga Ahmad memerhati gelagat sahabatnya itu. Seperti memikirkan sesuatu yang sangat berat sahaja di kepalanya.

" Tak adalah. Saja aku muhasabah diri, " jawab Saiful. Malu juga melihatkan dirinya yang belum menjamah rezeki Allah di hadapannya itu, sedangkan sahabat didepannya sudah separuh menghabiskan Nasi Goreng Ayam yang ditempah tadi. 

" Kot ye pun jatuh cinta teringat orang jauh, jamah lah juga Nasi Ayam tu. Kasihan aku tengok nasi tu merenung kau dari tadi. Agaknya nasi tu pun fikir ' bila lah manusia ni nak makan aku', " seloroh Ahmad bersahaja. 

" Yelah Tuan Haji, saya makan sekarang, " balas Saiful sambil mula menjamah Nasi Ayam didepannya itu. 

" Macam tu lah Encik Saiful. Kau ni kenapa? Macam ada masalah besar je aku tengok, "

 " Tak ada apa-apa. Saja aku terfikir diri aku ni je, " selindung Saiful.

" Ikut kau lah. Kalau ada apa-apa masalah, beritahulah. InsyaALLAH, aku akan tolong selagi mampu ", Ahmad membalas. Dia memahami Saiful. Saiful pasti akan berkongsi pabila dia bersedia. Saiful hanya tersenyum pada sahabatnya itu.

' Terima kasih Ahmad. Kau banyak membantu aku. Kau memang sahabat yang baik. Semoga Allah memberi ganjaran yang banyak buatmu, ' doa Saiful di hati. Bukan dia tidak mahu menceritakan dilemanya itu, cuma mungkin ini bukan waktu yang sesuai. Dia memerlukan masa untuk memikirkan hal itu.






( bersambung...)





Saturday, 15 December 2012

Sabar lah Sayang..


" Ana masih belum ikhlas menerima semua ini... "

" Ana tahu, susah.. Nak buat macam mana, Belajarlah untuk ikhlas. Jangan sia-sia kan apa yang enti buat untuk fakulti ni menjadi 1 kerja yang bukan ibadah. Belajarla untuk ikhlas. Ana faham apa yang enti rasa. Cuba enti fikir, Kenapa ALLAH tetap meletakkan enti untuk taklifat tu? Sedangkan Organisasi tu dah bubar, dah syura buat kali kedua. Tapi enti masih terpilih untuk benda yang sama. ALLAH nak enti cuba teruskan usaha yang kita perjuangkan sama-sama dulu. "

" ALLAH... Hasbiyallah wa ni'ma wakil, ni'ma maula, wa ni'ma nasir.."

Kadangkala, kita terasa lemah sehingga terduduk dan tak mampu berdiri semula tatkala mendapat sesuatu di luar yang kita harapkan.
Kadangkala, kita menangis seolah tiada lagi bahagia kan muncul kembali.
Kadangkala, kita terasa jalan yang dilalui gelap gelita seolah tiada lagi mentari yang akan menyinar kembali.

Namun,

Pernahkah kita terfikir...

Di saat kita terduduk lemah, ada sahabat yang akan memapah kita kembali untuk bangkit..
Di saat kita menangis, telah tertulis sebuah kebahagiaan di hujung derita..
Di saat kita dalam jalan kegelapan, ada cahaya Illahi yang tak pernah padam..

Yang penting, sandarkan pergantungan pada ALLAH, pasti tiada kecewa. Bukankah DIA Maha Memahami, Maha Setia, Maha Kuat? Kenapa masih berduka wahai hati yang terluka? Bukankah ALLAH telah sediakan ubatnya? Bukankah Al-Quaran itu ubat bagi hati??



Tutt.. tutt..

( 1 message received )

Derita perjuangan bukan satu bebanan, TAPI satu latihan.. Gundah perjuangan bukan satu ancaman, TAPI satu didikan.. Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran TAPI satu kekuatan.. Walau perit manapun perjuangan, sesukar manapun perjalanan, kita PEJUANG, kita MATA RANTAI PERJUANGAN.. Tabahkan hati, kuatkan diri, Hadapi segalanya dengan tenang penuh pengharapan pada ALLAH.. Mardhotillah.. Salam jihad.. InsyaALLAH, mungkin ini yang terbaik untukmu.. Sebelum ini kita pernah doa untuk taknak,TAPI.. Kalau dapat mungkin itu yang lebih baik untuk diri kita,agama.



Wednesday, 5 December 2012

Alangkah indahnya ISLAM..


( 1 message received )

Senangnya.. Alhamdulillah.. Rasa bahagia bila diri dihormati... Indahnya Islam..

Alhamdulillah... Kena kongsi cerita nanti ya..

Huhu.. Hmm.. Zahrah baru naik bas ni.. Seat seorang dah tak ada.. Penuh, Zahrah dapat seat double.. Zahrah tengok no., sebelah Zahrah lelaki india. Zahrah pandang sebelah satu lagi,ada seorang lelaki duduk seat seorang.. Zahrah pandang je dia macam faham. Zahrah minta tukar, dia terus bangun.. Kan bangus muslimin kolej kita pun menghormati macam tadi.. 

Apa yang anda dapat simpulkan?


         Ku terfikir kembali mesej salah seorang sahabatku tadi. Benar, Indahnya islam. Namun tak ramai dapat merasainya. Seorang insan yang bukan dari kolej kami, dapat memahami ajaran Islam.


       Tak semua, sebilangan kecil sahaja tapi ia tetap membawa imej Islam. Teringat kembali bagaimana terdapat sebahagian muslimin tetap tegar memperjuangkan untuk 1 group dengan muslimat bahkan membuka ruang ingin mengadakan study group bersama di tengah-tengah peperiksaan akhir semester. ALLAHU RABBI.. mungkin itu satu perkara biasa bagi penuntut universiti lain, tapi di sesetengah tempat, ia belum pernah dilakukan lagi kecuali ' terdesak' dalam exam muet yang tak dapat elakkan.. Ia bukan konsep waqi' semata-mata. Tapi ia juga apa yang telah digariskan oleh agam Islam yang Indah ini.


     Saat ku baca msj sahabatku tadi, benarlah.. sebenar-benarnya, Islam itu memang indah. Memang indah apabila kita mengamalkan apa yang disyariatkan. Seindah-indahnya. Tak terungkap untuk mengatakan keindahannya. ALLAH..

   
   Mereka yang bukan belajar mendalam tentang agama, mampu mengamalkannya.Tapi bagaimana mereka yang belajar agama secara mendalam tetapi tidak mengamalkannya? ALLAH.. Adakah ingin menegakkan konsep ' fleksibel ' sehingga terbuka segala yang boleh ditutup? Adakah ingin mengelakkan di label jumud, maka diperbolehkan segalanya?


     INDAHNYA AJARAN ISALAM..
     Namun, berapa ramai dapat merasakannya?
     Berapa ramai sedang menikmatinya?
     Berapa ramai menghayatinya?


ALLAHU AKBAR.

Sabda Nabi S.A.W; “Al-Islam Ya’lu wa la Yu’la alaih” 
“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi (kedudukan) daripadanya.” 

kenapa masih ada yang takut untuk mengamalkannya? Takut dipandang jumud? Takut di label syadid? Tidak berani memegang title 'Muslim'? Sanggup islam hanya pada kad pengenalan, tapi bukan secara praktikalnya?


Bukankah ISLAM agama yang INDAH?

Keindahannya kan terasa bila kita mengamalkan ajarannya. Keindahannya kan terasa bila kita menghayatinya.

 
      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita mengamalkannya dalam setiap ruang kehidupan kita..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita menghayatinya dalam setiap hela nafas..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila ia diangkat tinggi dalam kehidupan..

      Alangkah indahnya Islam,
      Pabila kita bersatu jiwa se akidah.
.
      Alangkah indanhnya Islam,
      Pabila kita berakhlak seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah..

      Alangkah indanhya Islam,
      Pabila kita dapat menghayati ajarannya dalam segenap ruang..







     

Sunday, 25 November 2012

Kuatlah kalian di sana..






tutt tutt...

1 message received...

" baru sebentar tadi Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan menembak  6 petani di Khan Younis, Gaza. Maka benarlah seprti yang telah ALLAH  khabarkan sifat mereka dalam al-quran. sumbe r= aqsa sharif "

ALLAH...

saudara ku di sana. Bantulah mereka ya ALLAH.

Pada jumaat lepas, diadakan satu demonstrasi di masjid tabung haji . Ramai sahabat ku yang pergi. Ku bangga melihat semangat mereka untuk demo. Ku harap semangat mereka juga akan berkekalan demi menegakkan syiar islam di bumi ini. InsyaALLAH ameen ~



" Kita dekat sini tenang je. Sibuk belajar, tidur, makan, facebook.. Belajar, tidur, makan, fb.. tapi saudara kita di palestin? ALLAH... Kenapa macam tak ada perasaan je ye? "

" Sebab Kurang rasa ikatan persaudaraan dan se akidah."  

ALLAH.. Bagaimana kita????

" Kita kat sini semangat demo sana sini, Tapi bila time bangun untuk solat?? ALLAHU RABBI.. Mana hilangnya semangat demo di tengah hari semalam? Bukankah demo dengan bangkit untuk solat subuh itu lebih menyakitkan musuh-musuh islam? Bukankah dengan mengikut dan mengamalkan apa yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah itu lebih menggerunkan mereka? "


Begitulah antara perbualan yang dapat ku kongsikan. Realiti, tapi itulah dia. Bukan semua macam tu, tapi segelintir. Buat kita yang masih leka, sedarlah. Saudara kita di sana terus terusan di ancam! Di manakah mereka di hati dan fikiran kita? adakah hanya buat sementara waktu? Berlalu ikut musim? sekejap ada, sekejap tak ada macam iklan chipsmore?? ALLAHU AKBAR.

Ku muhasabah diri yang serba kekurangan. Masih ada tanggungjawab dan sentiasa kan ada, tanggungjawab membawa ummah kembali segar, kuat, semangat, tabah, dan hebat seperti zaman kegemilangan islam dahulu. Tapi Bagaimana harus ku mulakan?

Mulakan dengan bismillah, perbaiki hati, perbaiki diri, seiring bersama menyeru mereka. Ya ! itulah yang seharusnya kita lakukan.. Ayuh Bangkit! Kita menolong saudara-saudara kita yang dizalimi. Perbaiki diri, hebatkan doa, dan sedarkan ummah yang tertidur saat ini.

Gerunkan musuh-musuh islam dengan kita bangkit menjadi muslim yang sejati.. Buangkan sifat assabiyah, sombong, ego kita.. dan bersatulah untuk islam!

Jangan lupa untuk melakukan Qunut nazilah, dan.. Bangkit untuk solat ( terutamanya solat subuh ) setiap waktu.


Tuesday, 6 November 2012

Duhai permata2 islam..



pertama sekali, ucapan syukr buat-NYA  Kerana diri ini masih diberi ruang untuk bernafas dan mengembara di muka bumi ini. Tergerak hati ini menulis apa yang ku rasa, ku fikir saat ini.  Sebenarnya diri ini sedang membaca sebuah buku yang diberi oleh maksu. Memandangkan diriku sedang cuti semester, maksu beri sebuah buku untukku membacanya dirumah. ' Aku Terima Nikahnya ' judul buku yang ku sedang baca. Sepanjang pembacaan ku, banyak input yang ku dapat. Bermula dari pembinaan diri muslim, kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

     Namun, bukan isi buku ini yang ingin ku kupas kerana ku yakin ramai orang yang sudah selesai membacanya.Malah mungkin ada yang telah mengulang beberapa kali membaca buku tu. Sewaktu ku membaca buku ini, ku terdengar muzik yang kuat sangat sehingga m'ganggu konsentrasiku. Lalu ku berhenti sebentar untuk amati muzik tersebut.


" aku inginkan dirimu..dtg dan temui aku,..."

ku amati lagu tu lagi. Muzik tu dtg dari tadika yang berdekatan dengan rumahku. Ku amati sekali lagi lagu tersebut. Terdengar suara kanak2 ikut menyanyi.  ' mungkin lagu tu diterjemah untuk cinta Allah. ' bisikku dalam diri.

   Baru sahaja ku ingin sambung bacaanku, ku terdengar lagu telah bertukar kepada next selection.

" i want nobody nobody but you.. i want nobody nobody but you.."

wow.. Sedikit terkejut. Anak2 kecil, baru tadika sudah didedahkan dengan muzik2 macam tu? hurm, just imagine,.. setahu diri ini, lagu tu lagu korea kerana sering ku dengar bila berada di jalan masjid jamek, dan dalam pengangkutan awam. Ku tidaklah terlalu berkira sgt namun wajarkah kanak2 tadika di ajar muzik sebegitu?


       Memang benar, mungkin kanak2 sekarang ter'advance' tahu dan selalu disogokan dengan muzik2 mcm tu. Tapi perlu kah dijadikan suatu silibus dalam sesi persekolahan di awal pembelajaran mereka? Bukankah lebih elok di ajar nilai2 murni dan sebagainya yang perlu bagi mereka yang baru melangkah ke alam prasekolah? Setiap orang, ada pendapat masing2. Mungkin hari ini sahaja mereka diberi peluang belajar lagu2 tu. Mungkin untuk menarik mereka dari 'nakal'. Siapa tahu kan? Wallahu a'lam.

       Tiba-tiba terbayang muka adik-adik sepupu yang kecil baby. Mereka sangat comel, dan merekalah yang akan menjadi pewaris islam. Kasihan mereka jika tak di didik dengan sebaiknya. Kasihan mereka jika tidak di dedahkan dengan hakikat kita diciptakan. ALLAH...

     
      Apakah usaha ku hanya sekadar melihat? sekadar meluah di blog tapi tiada usaha? sudah tentu Tidak Sama Sekali.. Diri ku juga perlu bersedia, perlu islah, perlu tarbiyah, perlu berusaha baiki kekurangan diri. Dan seterusnya, akan ku didik serta gilap permata2 islam agar mereka terus berkilau dengan nur islam. Bukan ku seorang. tapi bersama sahabat2 "tarbiyah".. insyaALLAH..
   

Tuesday, 16 October 2012

SAHABAT


S.A.H.A.B.A.T

Setiap orang menginginkan sahabat yang baik, caring, mengingati kita dlm doanya, menjaga rahsia, mengambil berat, memahami, susah senang bersama, dll... Namun, berapa ramai antara kita yang berusaha menjadi sahabat 'idaman' tersebut??

Bagaimana mungkin, kita boleh mementingkan diri? mahu orang memahami, mahu orang mengingati, mahu orang mengambil berat, mahu orang menyayangi, dan macam2 sedangkan kita pada dia? bagaimana pula?

" Lama kita tak contact kan? Apa khabar? kenapa mendiamkan diri tanpa berita selama ni? "

" Kadang2 kita perlu berjauhan agar terbit rasa rindu sehingga rindu itu akan membuatkan kita di ambil kembali menjadi insan penting dalam hidup.. "

" Sahabat bukan sekadar bersama 24 jam, makan, gelak , nangis bersama.. namun sahabat merupakan insan yang akan mengingatkan kita pada-NYA bila melihat diri kita mula jauh, sahabat itu sentiasa mendoakan kita dlm doanya, sahabat itu akan sentiasa memastikan ada ruang untuknya bersama kita walau seminit, sahabat itu .... sahabat ini..... "

" Sahabat itu bukan insan sempurna, sentiasa sempurna di mata seperti malaikat. Sahabat itu bukan seperti yang kita idamkan 100%.. Sahabat itu bukan baik depan kita, tapi di belakang? "

" Persahabatan bukan proses mencari, tapi proses menjadi.. bukan untuk mencari sahabat idaman, tapi proses menjadi sahabat idaman."

Senang untuk kita mengungkapkan formulanya, namun payah untuk melaksanakannya. Diri ku juga punya impian, namun, ku juga perlu berusaha menjadi.

Asam garam dalam kehidupan, sedangkan lidah lagi kan tergigit. Namun itu bukan alasan untuk kita memutuskan persahabatan. sifat ego yang tinggi, perlu dilunturkan. sifat merasa diri lebih baik dari orang, perlu di buang. sifat pentingkan diri, perlu di hapus. sifat takabur, sombong, perlu dipadam.


 Sahabat bukan insan maksum, sempurna,.. Setiap antara kita semua ada kekurangan dan kelebihan. Gunakanlah kelebihan dan kekurangan itu untuk melengkapkan antara 1 sama lain. Terutamanya dalam kita bersama memperjuangkan agama ISLAM Yang dicintai.

 Apalah ertinya persahabatan andai aib sahabat dibuka? Bukankah kita punya ALLAH ( sebaik-baik sahabat dan teman) untuk mengadu? Mungkin kerana kesalahan kita yang lepas, kita di uji.

Namun, Andai didunia kita tidak peroleh sahabat 'idaman' , jangan bersedih. Bukankah ALLAH Sentiasa ada untuk kita? Bukankah DIA Sebaik sahabat?. Senyumlah kamu wahai insan. terus berusaha dan berdoa :-)

 Perlunya untuk saling berlapang dada dan memahami. jangan mudah melenting, jangan mengharapkan yang macam2. hargailah apa yang kamu miliki. hargai apa yang ada, jangan menyesal pada hari DIA Mengambil kembali apa yang dipinjamnya kita. :-)


Buat diri yang mudah lupa, dan untuk mu. Semoga ini dapat membantu memahami. InsyaALLAH. Wallahua'lam.

Thursday, 4 October 2012

LELAKI YANG diRINDUI...

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa



Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih


Saturday, 15 September 2012

DON'T MISS IT!!!!!!

 

JOHOR BAHRU - 28 SEPT. 2012 ( majlis agama islam johor )

UITM SHAH ALAM -29 SEPT 2012 ( majlis agama islam selangor )

DEWAN PISA, PULAU PINANG -30 SEPT 2012 ( islamic propagation society international )

KUANTAN PAHANG - 5 OCT 2012 ( yayasan pahang )

PWTC KL - 7 OCT 2012 ( PERKIM )







Tuesday, 11 September 2012

InsyaALLAH, ini yang terbaik..


             Sukarnya bila hendak mnetapkan sesuatu keputusan terutama yang melibatkan sesebuah organisasi. Namun, perlu jua ku lepaskan kerana ia terbaik buat semua. Biarlah ALLAH dan diri ini sahaja mengetahui asbab nya. Tidak perlu ku cerita pada manusia kerana manusia takkan mengerti. Manusia takkan memahami sebagaimana ALLAH memahamiku sejak dari dulu lagi.

 Ya ALLAH, moga ini lah terbaik..

                   
                     Bila hendak membuat keputusan, ku muhasabah kembali diri ini. Sedang ku belek-belek hp seorang sahabat, tiba-tiba ku tertekan folder nasyid. Lagu ' Nur Malam ' kumpulan Saujana. Ku hayati liriknya satu persatu.


Bila hati menghadap tuhan ,
Baru kusedar ada kelemahan ,
Terasa kerdil berbanding Yang Esa ,
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan " 



                    Ya ALLAH, kini ku sedar. Manusia takkan pernah tabah, gagah, kuat tanpa bantuan dari -MU. Ya ALLAH, ku mohon petunjuk-Mu. Tetapkan lah yang terbaik buatku. Berilah petunjuk-Mu buatku. Manakah yang terbaik buat ku? Ya Rabb, bimbinglah daku.

                    Malam tersebut ku meminta pendapat seorang murobbiah ku ketika di sekolah menengah dulu. Ku harap semoga ALLAH sampaikan kepadaku petunjuk melalui ustazah ku yang ku yakini agamanya itu. Alhamdulillah, ku temui jawapan yang terbaik. InsyaALLAH..

Semoga itu yang terbaik buat ku dan sahabat2 sefakulti denganku. Wallahua'lam.

Bersama ini, ku titipkan sekali lirik nasyid tersebut. Sekadar perkongsian bersama.


Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat






Monday, 3 September 2012

Mengapa Ibu Menangis???

 

               Satu ketika dahulu, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya, 


“ Ibu, mengapa ibu menangis? ”
 Ibunya menjawab, “sebab aku wanita”.
 “ saya tak mengerti” kata si anak lagi.
 Ibunya hanya tersenyum dan memeluk erat. 


“ Nak kamu memang tak akan mengerti ”
 kemudian bertanya kepada ayahnya, “ ayah kenapa ibu menangis?” 
Si ayah menjawab, “semua wanita menangis tanpa alasan, ” hanya itu jawapan yang biasa diberikan oleh ayahnya.

 Lama-kelamaan si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam dia bermimpi dan mendapat petunjuk dari Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.


             Saat Allah ciptakan wanita, dia membuatnya menjadi sangat penting. Allah ciptakan agar bahunya mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya yang sering kali pula cercaan dari anaknya sendiri.



             Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan. Pantang menyerah si anak sesaat semua orang berputus asa. Wanita Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit,lelah, dan tanpa berkeluh kesah.Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih-sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa pun walaupun anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini jugalah yang memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.


             Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya. Melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung bagi suaminya . Bukankah tulang rusuk suaminya yang melindungi setiap hati dan jantung wanita? Allah berikan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya.



            Dan akhirnya Allah berikan air mata agar dapat mencurahkan hatinya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walau hanya sekadar air mata!


Hope dpt peluang belajar di sana..AMIN...

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan kareem..

Alhamdulliah, diberi peluang oleh ALLAH Untuk merasai,melalui bulan ramadhan tahun ini.Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terindah buat kita.


RAMADHAN KAREEM!ALLAHU AKRAM!
insyaALLAH, bersama kita menuju mardhotillah..



Wednesday, 18 July 2012

" MENGERTILAH "



" Perempuan sombong! "
Begitulah ungkapanmu,
Melukai hatiku,
Tak bisa mengubahku,
Aku tetap aku.

" Perempuan sombong! "
Biar apa katamu,
Biar apa tohmahanmu,
Ku balas doa sejernih salju,
Moga diampuni Yang Satu.

" Perempuan sombong! "
Itu yang terzahir,
Pngertiannya tak lahir,
Kau pasti takkan mengerti,
Sombongku kerana Ilahi.

Mengertilah...
Sombongku bererti sayang,
Sayang yang ku maksudkan,
Bukan sepertimana takrif kebanyakan,
Sayangku berpijak di landasan Tuhan.

Mengertilah..
Aku mahu kau bangkit berdiri,
Menjadi lelaki berkeperibadian tinggi,
Tidak tertipu dengan tipuan duniawi,
Apatah lagi fitnah wanita yang meracuni.

Mengertilah...
Sombongku bukti sayangku
Pada lelaki bernama Adam,
Agar kau bangkit dari kelalaian,
Agar perjuanganmu tidak padam.

Mengertilah...
Aku tidak mahu kau terus tertipu,
Dengan gejolak cinta dan nafsu,
Pada seorang wanita sepertiku,
Hingga kau lupa amanah beratmu.

Mengertilah..
Izinkan aku terus begini,
Menjaga maruah dan peribadi,
Agar aku bukan fitnah lelaki,
Agar kau tak lalai lagi,
Itulah bukti sayangku pada lelaki.

Petikan Dari Novel Fatimah Syarha ' Seindah Mawar Berduri '


Monday, 16 July 2012

Kursus Perbandingan Agama.

Hari Khamis, 12 July 2012.

         Kami dimaklumkan untuk mengikuti satu kursus perbandingan agama yang di anjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam dan Fakulti ku sendiri.Kursus ini disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Din.Alhamdulillah..First time mengikuti kursus ini.Sangat best dan menaikkan semangatku untuk lebih menyiapkan diri demi ummah yang semakin 'sakit' saat ini.


        Kami diberi bible setiap kumpulan untuk mengkaji kelemahan bible yang telah dikatakan 'suci and terpelihara' oleh orang kristian.Memang sastera bahasanya. Diriku bersama 2 orang lagi teman telah mendapat bible King James Version. Terjemahannya berjudul 'al-kitab'.


         Selain itu, setiap seorang peserta diberi buku ' Kombat KIT ' oleh ustaz Abdullah Din. Bagus buku tu. Kami diberi pendedahan secara terperinci.


         Banyak yang kami belajar. Antaranya, mcm kita, surah-surah al-quran kita panggil 'surah' al-fatihah, 'surah' al-baqarah,dll. Bible pula, kita panggil 'buku' kejadian, 'buku' keluaran, 'buku' imamat,dll. Bible ini ada 66 buku. 39 (perjanjian lama) + 27 (perjanjian baru) =66 buku. Yang kami bincangkan dlm kursus itu mengenai bible Protestan. Dalam bible, ada 66 buku. Dalam setiap buku, ada beberapa bab.Mcm contoh, dalam buku kejadian,ada 50 bab. Dan begitulah seterusnya dalam buku lain.

Sepanjang kursus, pelbagai LDK yang kami buat dalam kursus perbandingan agama.

Sangat banyak yang ku dapat. InsyaALLAH, akan ada lagi kursus ini memandangkan kami baru mempelajari 'asas-asas dalam bible'. Bersiaplah, diriku akan bangkit untuk  ummah. Akan ku persiapkan diri dengan ilmu, Untuk ALLAH serta agama ku yang TERCINTA. InsyaALLAH...

=) Wallahua'lam...

Sunday, 15 July 2012

Sabar Itu Indah

saBaR  iTu IndaH..ALHAMDULILLAH..
suatu hari,ada perjumpaan dalam fakulti..hanya kerana muslimat ingin cadangkan pada pensyarah utk asingkan grup antara muslimin dan muslimat, kami 'ditembak' dgn hUjah2 dan kata2 yang memang menguji kesabaran kami.tiada kekuatan dalam menghadapinya melainkan mengharap kekuatan dan ketabahan dari-NYA.

"Ana cukup benci muslimat2 fakulti ******..dengan syadidnya, ditambah lagi ikhtilat di universiti ini,menambahkan lagi rasa benci ana.."

" Ana dah kenal muslimat yang sombong,yang jumud,muslimat yang ego...." 
      
biarlah..Diam itu lebih baik. Diri ini mengharapkan keredhaan ALLAH,bukan keredhaan manusia semata. semoga ALLAH Memberi kita semua hidayah-NYA kepada kita semua.
Ada masalah ummah yang lebih besar lagi untukku fikirkan.

buat sahabat2 di luar sana..jangan putus asa walau kita dicaci,dikutuk,dihentam macam2.
ALLAH bersamaku,
ALLAH Melihatku,
ALLAH Tuhanku,
ALLAH Memahamiku.. 

Namun yang pasti, ' Diam itu Lebih BAIK '..Terselit sebuah keindahan di sebalik sebuah kesabaran. Subhanallah.

diri ini bersyukur kerana mendapat suatu rasa keindahan disebalik sebuah kesabaran.Apabila tiba sahaja 'agenda' tu,terus ku mesej ustazahku di sekolah menengah dulu, ustazah ariza utk memohon sedikit pendapat dan sokongan.
" biar muslimin dengan rasa tak puas hati mereka asrar, terus sabar dlm menghadapi mehnah tribulasi..sepatutnya dalam fakulti ini lah untuk menambahkan kekuatan dan keimanan semua dalam berdakwah kat luar nnt..tak apa asrar,sabar ya.."

diri ini segera msj muslimat2 yang sefakulti denganku..

" muslimat2, bg pendapat ana, diam itu lebih baik dari kita terus berdebat dengan mereka. biarlah muslimin terus berhujah dengan menghentam kita..kita ada ALLAH..jangan risau ye.."
Saat menghadapi tembakan2 hujah mereka, terasa panas hati dan telinga mendengar hujah2 mereka.Namun benar, bila ditahan,dipujuk rayu hati ini supaya bersabar dan diam..perlahan-lahan, suatu kesejukan,ketenangan hati mengalir dalam jiwa. Ya ALLAH, inikah erti keindahan disebalik sebuah kesabaran? Subhanallah.. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan kami saat itu.Andai ini yang kami rasai, biarlah selama 12 jam pun, kami sanggup..Indahnya Sabar Itu,ALLAH yang tahu.


Sunday, 24 June 2012

Jangan Ambil Mudah!

Jangan ambil mudah segala urusan. Jangan mudah-mudahkan apa yang Islam dah permudahkan. Jangan biarkan fikiran kita terus-terusan di mudah-mudahkan. Apa yang  Islam dah beri kemudahan, jangan dipandang remeh dan di mudahkan sesuka hati.

AWAS !!!


Jangan kerana perkara itu diambil mudah, iman kita mulai lusuh..
Jangan kerana perkara itu diambil mudah, praktikal kita selaku muslim terabai..
Jangan kerana perkara itu diambil mudah, matlamat utama kita berlalu pergi..
Jangan kerana perkara itu diambil mudah, Cinta kita pada-NYA kian luntur..

Sedarilah sahabat,
Iman kita turun naik,
Perlu pada penjagaan dari segala aspek,
Kerana muslihat syaitan itu sungguh halus,
Sikit2 membuatkan kita makin galak,
Akhirnya kecundang sebelum sampai di pintu syurga..


Friday, 15 June 2012

Hormatilah sebuah pendirian.

" Asrar, tak boleh selamanya nti bersikap ' syadid ' begini. Be profesional. Open sikit. Jangan jumud sangat. "

" Eh Asrar, boleh je nak gabung. Jangan terikat dengan gelaran ' huffaz '. Dakwah tu bukan muslimin utk muslimin, muslimat utk muslimat sahaja. Nti kena sedar tu. "

" Kak, tak selamanya kita duk dalam suasana islamic je. Along nak nasihatkan kau cuba-cubalah berkawan dengan lelaki. Kawan je. Bukannya nk couple2 ke zina ke. Buka sikit minda kau. jangan anti- lelaki sangat. " 

Ya ALLAH, macam2 persepsi manusia di dunia ini rupanya. Pilu hati ini, ALLAH sahaja yang tahu. Bukanlah diri ini bersikap anti-lelaki. Bukan juga diri ini menolak mentah2 untuk bekerja dengan kaum adam bila tuntutan dakwah memanggil selagi tidak berlanggar dgn syariat. Namun lebih menjaga diri,jiwa,hati ini yang sentiasa menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Siapa yang dapat menjamin diri ini kan terjaga bila pintu ikhtilat terbuka tanpa dijaga? Siapa yang dapat menjamin diri ini dapat redha-NYA andai ikhtilat itu dimudah-mudahkan?
Siapa yang dapat menjamin diri ini dapat membantu kaum adam untuk tidak leka dengan wanita?
Siapa?

Ku melihat kaum adam pada saat ini. Mengapa mudah terleka dengan kaum sejantinaku? Mengapa tidak bersemangat dalam perjuangan? Mengapa makin mundur dari saf2 perjuangan? Mengapa?

Bukannya salah siapa yang ku cari. Namun perlu buat ummah saat ini berfikir kembali. Kalau ikhtilat di pandang ringan, wallahua'lam lah. Sedangkan ikhtilat lah salah 1 punca maksiat. Macam mana boleh dikata ikhtilat bukannya alasan kukuh untuk kita sebagai kaum hawa ' menjaga ' begini.

Kasihan jiwa dan hati ini yang dihiris2 dengan tomahan oleh insan2 yang begitu laju melabel ku sebagai anti-lelaki, tak juga yang mengatakan ku lebih cenderung kpd kaum sejenis. Biarlah, ALLAH lebih memahami ku. Bukan keredhaan manusia yang paling utama, tapi keredhaan-NYA yang paling utama. Hanya kepada-MU aku mengadu. Biarlah segala tomahan itu berlalu bagai angin di tepi pantai Cahaya Bulan = )

Asalkan ALLAH faham hatiku bagaimana. Diriku tak menyalahkan jika ada yang berpendapat boleh kalau nak ber ikhtilat asalkan dijaga batas2 nya. Terpulang pada setiap individu bagaimana ia nak mengurusnya. Terpulang pada mereka. Namun yang pasti, diriku juga punya pendirian tersendiri yang perlu dihormati. Dan yang pasti, diri ini tidak keseorangan. Terima kasih pd-MU ya ALLAH. Alhamdulillah, sokongan dari ibubapa, adik beradikku sayang, ustazah Ariza, dan sahabat2 di sisi sedikit sebanyak menyembuhkan 'luka' di telinga yang mendengar begitu banyak tomahan dari insan2 yang mudah melabel orang.Namun yang pasti Ku yakin, ALLAH ada sentiasa bersamaku. I love YOU ALLAH..


Tuesday, 3 April 2012

Mawarku


MAWAR...



Dulu,
Mawarku dijaga rapi,
Dipelihara sebaiknya dalam taman larangan,
Agar ia tak di sentuh oleh kumbang2 perosak.


Dulu,
Mawarku segar sentiasa,
Menyejukkan mata yang melihat,
Walau hanya diluar taman larangan.


Dulu,
Mawarku cantik dipandang,
Harum wanginya memikat taman hati,
Tajam durinya,
Sehingga tak ada yang berani mendekati.


Tapi kini,
Adakah mawarku mulai layu?
Mengapa harumnya tidak seperti dulu?
Mungkin kah durinya sudah tumpul?


Mawarku sayang,
Jangan biarkan dirimu layu,
Jangan biarkan harumanmu mulai luntur,
Jangan biarkan durimu terus tumpul.


Mawarku,
Diri ini akan tekun memeliharamu,
Akan sabar menjagamu,
Akan setia melindungimu di taman larangan,
Dengan izin-NYA yang Maha Esa.


Mawarku,
Segarlah kembali,
Ku rindu harumanmu di pagi hari,
Ku ingin melihat tajamnya durimu seperti dulu,
Ku mahu mawarku terjaga kembali di taman larangan.

Hanya bila tiba saatnya,
Baru ia kan dipetik,
Oleh tangan yang tercipta untuknya.


Friday, 30 March 2012

JOM2 Pergi GMJ..

Global March to Jerusalem


http://www.mygmj.org/2012/03/sebaran-besar-besaran-30-mac.html


Mengapa tarikh 30 Mac?

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.



Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?

Pada tahun ini, kami berhasrat untuk meraikan 30 Mac sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat  hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.


Bagaimana GMJ akan berlaku?

Sekurang-kurangnya 100 orang personaliti terkenal antarabangsa akan mengambil bahagian dalam menandatangani dokumen pentadbir GMJ itu. Sejajar itu, semua selebriti dan organisasi-organisasi kebangsaan yang menyokong GMJ akan disenaraikan dalam Lembaga Penasihat GMJ untuk menunjukkan sifat GMJ yang menolak kekejaman Israel.

Tambahan pula, satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya.

Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir. ( Sedikit petikan dari  http://www.mygmj.org/2012/02/kenapa-gmj.html )